Abstract
Jawatan imam merupakan jawatan yang dilantik oleh pihak berkuasa agama bagi menjalankan tugas-tugas tertentu di dalam kariah yang didiaminya. Pelaksanaan tugas imam bukan hanya terikat di masjid atau surau sahaja, malah imam juga turut bertugas di luar masjid atas keperluan dan jemputan ahli-ahli kariah. Kebiasaannya tugasan imam adalah untuk mengetuai solat Jemaah, menyampaikan khutbah dan mengadakan aktivitiaktiviti mingguan seperti bacaan surah Yaasin, majlis tahlil, doa dan mengadakan kuliah agama. Tidak dinafikan bahawa tugasan yang dilaksanakan ini samada di dalam atau diluar masjid akan melibatkan penggunaan bahasa Arab. Hasil pemerhatian umum dan khusus yang pernah dibuat oleh pengkaji mendapati berlaku kesilapan dalam mengendalikan bahasa Arab oleh para imam terutamanya dari aspek nahu dan sorof. Sehubungan itu, satu pendekatan yang sesuai perlu diperkenalkan untuk membimbing golongan ini supaya dapat menguasai bahasa Arab agar penampilan mereka lebih mendapat kepercayaan dan memudahkan mereka dalam kerja-kerja dakwah. Sesungguhnya kejayaan dalam proses memantapkan diri dengan bahasa Arab bergantung kepada dua faktor utama, iaitu kewujudan modul latihan yang sesuai serta diserasi dengan kaedah dan pendekatan latihan yang efektif. Justeru itu, kajian ini pada akhirnya akan memberi cadangan-cadangan ke arah merealisasikan kejayaan tersebut.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wahab, Ahmad Sa'aduddin UNSPECIFIED Abdullah, Ahmad Fauzee UNSPECIFIED Wahab, Burhanuddin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Mohamed, Zainab (Prof. Ir. Dr.) UNSPECIFIED Contributor Md Noor, Norlida (Prof. Madya Dr.) UNSPECIFIED Contributor Azizan, Noraziah UNSPECIFIED Contributor Yacob, Nor hatom UNSPECIFIED Contributor Yaacob, Mazlah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Interpersonal communication P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Oral communication. Speech |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Programme: | Laporan Penyelidikan |
Keywords: | Bahasa Arab, Imam, Khutbah, Solat jemaah, Modul pengukuhan bahasa arab |
Date: | May 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32215 |
Download
32215.pdf
Download (4MB)