Abstract
Bahasa Arab merupakan bahasa bagi dua sumber utama dalam Islam iaitu al-Quran dan al- Hadith. Bahasa ini sepatutnya dipelajari oleh setiap individu muslim dan sepatutnya dikuasai oleh setiap individu yang tugasnya berkaitan hal ehwal Islam. Amat malang sekiranya bahasa ini tidak dapat dikuasai dengan baik kerana ia akan mengakibatkan kesilapan dalam penggunaan serta penyampaian terutama sekali ketika menyampaikan ayat-ayat al-Quran. Justeru itu, para petugas hal ehwal Islam wajar memantapkan pengetahuan bahasa Arab bagi mengelak dari melakukan kesilapan ketara yang akibatnya sangat besar kepada pelaksanaan tugas mereka. Hasil kajian ini mendapati tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan para petugas hal ehwal Islam perlu dimantapkan lagi. Kelemahan dalam menguasai kaedah-kaedah bahasa yang secukupnya mengakibatkan kurangnya kemahiran dalam penyampaian bahasa Arab. Kajian ini akhirnya mengemukakan cadangan-cadangan bagi menyelesaikan permasaalahan tersebut.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wahab, Ahmad Sa'aduddin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Mohamed, Zainab (Prof. Ir. Dr.) UNSPECIFIED Contributor Md Noor, Norlida (Prof. Madya Dr.) UNSPECIFIED Contributor Azizan, Noraziah UNSPECIFIED Contributor Yaacob, Mazlah UNSPECIFIED Contributor Sarwan, Yadman UNSPECIFIED Contributor Abdul Rahman, Hasbullah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Content analysis (Communication) P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Interpersonal communication P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Oral communication. Speech |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Programme: | Laporan Penyelidikan |
Keywords: | bahasa arab, penguasaan, al-Quran dan al- Hadith, hal ehwal Islam, Muslim |
Date: | April 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32206 |
Download
32206.pdf
Download (5MB)