Kajian sosio-ekonomi penduduk Daerah Damansara. Kes Kajian Taman Tun Dr. Ismail / Ismail Manaf

Manaf, Ismail and Daud, Mokhtar (1982) Kajian sosio-ekonomi penduduk Daerah Damansara. Kes Kajian Taman Tun Dr. Ismail / Ismail Manaf. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian sosio-ekonomi penduduk merupakan satu elemen pentinh sebelum perancangan fizikal dilakukan. Sebagaimana yang diketahui bahawa perancangan fizikal adalah peringkat akhir dilakukan oleh manusia dalam menyesuaikan keadaan fizikal kepada keselasaan manusia. Dimana sebelum perancangan fizikal dapat dilakukan, banyak data-data diperlukan untuk menetukan bahawa perancangan fizikal itu dapat dilaksanakan dengan baik. Data-data sosio-ekonomi penduduk memainkan peranan yang penting iaitu darinya kita mengetahui jenis perancangan fizikal yang dilakukan. Contoh yang paling senang difahami ialah seseorang perancang itu akan mernacang jenis perumahan yang murah jika sosio-ekonomi penduduk yang berkenaan rendah. Didalam konteks yang lebih besar, kerajaan akan menganalisa keadaan sosio-ekonomi penduduk terlbih dahulu sebelum melancarkan strategi projek-projek pembangunan di dalam negara. Dan, corak pembangunan antara negara-negara di dunia berlainan diantara satu sama lain kerana corak sosio-ekonomi rakyat berlainan. Oleh itu, disini secara kasar dapat kita mengetahui bahawa kajian ini adalah penting sebelum perancangan dijalankan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Manaf, Ismail
UNSPECIFIED
Daud, Mokhtar
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Date: 1982
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/321
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_ISMAIL MANAF AP 82_5 P01.pdf]
Preview
Text
PPd_ISMAIL MANAF AP 82_5 P01.pdf

Download (142kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

321

Indexing

Statistic

Statistic details