Penyuntingan formalism dalam filem Kapsul (2015) dan Last Life in The Universe (2003): satu kajian perbandingan / Muhammad Norazam Abdul Aziz

Abdul Aziz, Muhammad Norazam (2017) Penyuntingan formalism dalam filem Kapsul (2015) dan Last Life in The Universe (2003): satu kajian perbandingan / Muhammad Norazam Abdul Aziz. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini akan memberi penekanan terhadap penyuntingan formalisma yang memberi kesan terhadap ruang dan masa dalam penyampaian naratif filem. Ia turut melibatkan dua buah filem iaitu Kapsul (2015) dan Last Life in the Universe (2003). Proses penyuntingan merupakan proses penting dalam menerbitkan sesebuah filem. Antara kemampuan serta kesan penggunaan penyuntingan formalisme adalah ia mampu untuk memanipulasikan ruang dan masa. Berkaitan dengan perkara tersebut, ruang dan masa filem dapat dimanipulasikan melalui penggunaan teknik penyuntingan dan mampu untuk membuatkan struktur sesuatu naratif itu disampaikan dengan lebih baik. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dan analisis tekstual bagi mendapatkan data mengenai suntingan formalisme yang mempengaruhi ruang dan masa dalam filem-filem yang dinyatakan. Kajian ini mengenalpasti aplikasi teknik dan gaya penyuntingan formalisme serta menganalisis perbandingan teknik dan gaya penyuntingan formalisme terhadap ruang dan masa terhadap kedua-dua filem yang dinyatakan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat penggunaan penyuntingan fomalisme terhadap kedua-dua filem tersebut bagi memanipulasikan ruang dan masa naratif filem. Namun, penggunaan teknik serta gaya penyuntingan antara filem-filem tersebut adalah berbeza dari segi penyampaian visual naratif yang mempengaruhi ruang dan masa filem.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Aziz, Muhammad Norazam
2014225366
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Technique of dramatic composition
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Technique of dramatic composition > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Skrin (FF223)
Keywords: Filem Formalisma, Filem ‘Kapsul’, Ruang & Masa
Date: July 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31858
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MUHAMMAD NORAZAM ABDUL AZIZ FF B 17 5.pdf] Text
PPb_MUHAMMAD NORAZAM ABDUL AZIZ FF B 17 5.pdf

Download (276kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31858

Indexing

Statistic

Statistic details