Abstract
Setiap firma yang terlibat dalam aktiviti perniagaan mempunyai sistem perancangan dan strategi tersendiri yang digunakan untuk menggerakkan operasi harian. Perancangan strategik merupakan elemen penting dalam pengurusan strategik sesebuah organisasi. Pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunapakai untuk melaksanakan perancangan strategik, salah satunya ialah dengan menggunakan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (analisis ’SWOT’). Faktor kekuatan dan kelemahan dikategorikan sebagai faktor dalaman organisasi manakala faktor peluang dan ancaman pula dikategorikan sebagai faktor luaran sesebuah organisasi. Kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor dalaman dan luaran organisasi yang kritikal dalam mempengaruhi perancangan strategik bagi firma pemaju hartanah di Malaysia. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumbalas dan hasil dari analisis yang dijalankan, kajian ini mendapati faktor dalaman organisasi yang paling kritikal ialah kekuatan melalui sumber kewangan firma yang kukuh dan kelemahan dalam pengurusan firma, manakala faktor luaran organisasi yang paling kritikal ialah peluang melalui penglibatan dan sokongan kerajaan yang proaktif dan ancaman melalui prosedur birokratik dalam mendapatkan kelulusan pelan dan sijil layak menduduki
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Ghani, Kay Dora UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2231-7716 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Keywords: | Perancangan strategik, pemaju hartanah |
Date: | June 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31807 |