Pengaruh media sosial (instafamous) dalam mewarwarkan sesuatu produk atau acara majlis dengan menggunakan teknik pemasaran viral / Nurain Fatin Abdul Rasid

Abdul Rasid, Nurain Fatin (2017) Pengaruh media sosial (instafamous) dalam mewarwarkan sesuatu produk atau acara majlis dengan menggunakan teknik pemasaran viral / Nurain Fatin Abdul Rasid. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Latihan ilmiah ini memfokuskan tentang strategi pemasaran viral yang digunapakai oleh individu yang berpengaruh di media social iaitu Instafamous dalam mewarwarkan sesuatu produk atau acara majlis. Strategi pemasaran dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan adalah memainkan peranan penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan atau aktiviti. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen yang digunakan oleh pengaruh media sosial (Instafamous) dalam mewarwarkan sesuatu produk atau acara majlis dengan menggunakan teknik pemasaran viral. Kaedah Kualitatif digunakan sebagai metodologi dalam kajian ini dimana kaedah seperti temubual beberapa individu (Instafamous) yang akan dijalankan serta kaedah pemerhatian bagi memperoleh informasi mengenai elemen yang diperlukan dalam hasil kajian yang mampu memenuhi kehendak objektif kajian. Kaedah kualitatif diharapkan dapat mengenalpasti elemen tentang strategi pemasaran viral yang digunakan oleh (Instafamous) untuk mewarwarkan sesuatu produk atau acara majlis.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_NURAIN FATIN ABDUL RASID FF B 17_5.pdf]
Text
PPb_NURAIN FATIN ABDUL RASID FF B 17_5.pdf
Download (215kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad, PTAR Puncak Perdana
Item Status
Indexing & Metrics