Strategi pemasaran digital dalam mempromosikan filem tempatan di Malaysia: Grand Brilliance / Norliyana Roslan

Roslan, Norliyana (2017) Strategi pemasaran digital dalam mempromosikan filem tempatan di Malaysia: Grand Brilliance / Norliyana Roslan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Adanya perkembangan dalam industri pemasaran serta terbukanya era informasi bebas menyebabkan semakin luas teknik yang digunakan dalam pemasaran. Pemasaran merupakan satu pengurusan hubungan melalui komunikasi yang efektif dan ia juga merupakan kegiatan yang penting bagi meningkatkan potensi sesebuah syarikat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pemasaran digital dalam mempromosikan filem Abang Long Fadil. Objektif kajian dalam penyelidikan ini adalah mengenalpasti konsep pemasaran digital dalam mempromosikan filem Abang Long Fadil dan untuk mengenalpasti promosi melalui media digital dapat meningkatkan penonton filem di Malaysia. Terdapat perbezaan dari segi promosi yang dilakukan oleh setiap produksi untuk memperkenalkan produk. Dalam menyiapkan penyelidikan ini, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temubual bacaan ilmiah seperti buku-buku, journal dan juga internet. Creswell (2012), mendefinisikan kaedah tersebut sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang dinamakan kaedah pengumpulan data yang lazimnya digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial. Kaedah ini dipilih kerana ianya amat bersesuaian dalam mengenalpasti kaedah promosi yang digunakan dalam mempromosikan filem secara berkesan di Malaysia. Hasil penelitian menunjukkan bahawa terdapat pengaruh positif pemasaran digital terhadap mempromosikan filem Abang Long Fadil.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Roslan, Norliyana
2015145253
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HF Commerce > Marketing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Pengurusan Industri Kreatif (FF226)
Keywords: Pemasaran, kaedah, strategi, sejarah
Date: March 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31302
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NORLIYANA ROSLAN FF B 18_5.pdf] Text
PPb_NORLIYANA ROSLAN FF B 18_5.pdf

Download (231kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31302

Indexing

Statistic

Statistic details