Kepentingan penajaan sebagai alat pemasaran dalam pembinaan jenama : PSA Design & Management Sdn. Bhd. / Najwa Ashiqen Bdul Rahman

Abdul Rahman, Najwa Ashiqen (2017) Kepentingan penajaan sebagai alat pemasaran dalam pembinaan jenama : PSA Design & Management Sdn. Bhd. / Najwa Ashiqen Bdul Rahman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Penglibatan penajaan telah menjadi sebahagian besar dalam pelbagai acara dan turut diakui sebagai salah satu medium pemasaran yang efektif dalam pembinaan jenama produk atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun, dalam dunia pasaran kini yang sangat kompetitif, pihak yang memerlukan penajaan untuk membiayai acara atau apa sahaja aktiviti mereka adalah lebih banyak daripada sumber tajaan yang ada dan mereka perlu bersaing untuk mendapatkan sumber tajaan yang kian terhad. Oleh itu,
pihak yang memerlukan tajaan harus mengenal pasti kriteria-kriteria yang diperlukan sebelum memohon tajaan. Disertasi ini dihasilkan bertujuan untuk membantu pihak penganjur yang memerlukan penajaan dalam memahami prinsip utama sebelum mendekati penaja yang berpotensi. Untuk mendapatkan hasil kajian, disertasi ini akan menggunakan kaedah tinjauan literatur yang berbentuk kualitatif iaitu penelitian yang terhasil daripada data-data dan hujahan berbentuk deskriptif yang diambil dan dikumpulkan melalui temu ramah dan kajian penyelidikan yang lalu. Pengumpulan analisis yang dilakukan adalah berbentuk tulisan atau lisan daripada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan kajian ini. Antara individu utama yang akan ditemu ramah secara lisan ialah wakil Pengarah Urusan PSA Design & Management Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai OKU Terus Maju, Amirul b. Hj. Azan dan tiga wakil penganjur yang pernah ditaja oleh syarikat tersebut. Kesimpulannya, disertasi ini dapat membantu pihak penganjur untuk mengenal pasti kriteria yang diperlukan penaja dan kepentingan penajaan yang boleh ditawarkan oleh penganjur.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NAJWA ASHIQEN ABDUL RAHMAN FF B 17_5.pdf] Text
PPb_NAJWA ASHIQEN ABDUL RAHMAN FF B 17_5.pdf

Download (679kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31295

Indexing

Statistic

Statistic details