Abstract
Kajian ini adalah mengenai strategi promosi Majlis Perbandaran Klang terhadap tempat warisan dengan memfokuskan kepada Jambatan Kota, Klang. Tujuan penulisan ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang berkesan dalam mempromosikan tempat warisan kepada orang awam. Seterusnya, meneliti strategi Majlis Perbandaran Klang dalam mempromosikan tempat warisan Jambatan Kota, Klang. Di samping itu, kajian ini juga akan menyelidik cabaran Majlis Perbandaran Klang untuk melaksanakan aktiviti promosi di Jambatan Kota, Klang. Penyelidikan ini menghujahkan bahawa aktiviti-aktiviti untuk mempromosikan tempat warisan telah banyak dijalankan. Seterusnya, tesis ini menggunakan kaedah kajian kualitatif untuk mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan untuk penulisan ini. Penulisan ini juga akan mendapatkan informasi melalui buku-buku rujukan dan jurnal yang berkaitan. Kajian ini akan mendedahkan strategi promosi yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang bagi mempromosikan tempat warisan dengan mengkhususkan kepada Jambatan Kota, Klang. Di samping itu, latihan ilmiah ini diharapkan untuk mengenal pasti strategi promosi yang berkesan untuk tempat warisan. Pada masa yang sama, kajian ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada industri pelancongan untuk merancang strategi yang mampu membantu mempromosikan tempat-tempat warisan bukan sahaja di bandar Klang malah di seluruh negara.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Badrulshah, Najmina Munazah 2014409134 |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Heritage tourism. Cultural tourism N Fine Arts > NA Architecture > Architecture and recreation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Pengurusan Industri Kreatif (FF226) |
Keywords: | Warisan, temubual, promosi |
Date: | March 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31293 |
Download
PPb_NAJMINA MUNAZAH BADRULSHAH FF B 17_5.pdf
Download (143kB)