Abstract
Kajian ilmiah ini mengkaji tentang Pengurusan Keselamatan dalam Produksi Teater Live Spectacle Naruto (2016) dan Dia Semanis Honey Muzikal (2017). Penulis menggunakan Teori Domino iaitu teori penyebab kemalangan dan penulis akan membuat hubung kait di dalam Pengurusan Keselamatan dalam Produksi Teater. Teori Domino menyatakan bahawa kemalangan adalah rentetan peristiwa dan berpunca daripada kecuaian individu. Percanggahan pendapat berkenaan teori wujud apabila pengkaji professional menyatakan Teori Domino dikaitkan dengan kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan pengurusan. Penulis ingin mengenal pasti adakah teori ini tepat dan boleh dikaitkan di dalam produksi teater. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana penulis akan membuat pemerhatian terhadap dua produksi teater iaitu Teater Live Spectacle Naruto (2016) dan Dia Semanis Honey Muzikal (2017). Pemerhatian dilakukan mengikut setiap proses kerja yang dilakukan sepanjang produksi teater berlangsung dan penulis akan menfokuskan kepada Pengurusan Keselamatan dalam Produksi Teater. Kajian ini juga menggunakan kaedah temu bual untuk menambahkan lagi maklumat kajian sekaligus dapat membantu penulis mendapatkan hasil kajian. Penulis akan membuat kesimpulan dan rumusan berdasarkan segala hasil kajian yang diperoleh. Setiap pandangan dan pendapat yang diperoleh daripada hasil kajian akan menjawab segala persoalan kajian lantas dapat mencapai objektif kajian yang dikehendaki.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Mohamad Atiq UNSPECIFIED |
Subjects: | M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Pengurusan Industri Kreatif (FF226) |
Keywords: | Teori Domino, Muzikal, Kesihatan dan keselamatan |
Date: | March 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31208 |
Download
PPb_MOHAMAD ATIQ ABDUL RAHMAN FF B 17_5.pdf
Download (387kB)