Keberkesanan pembelajaran kemahiran lisan berstruktur dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi penilaian lisan / Roslinda Johari

Johari, Roslinda Keberkesanan pembelajaran kemahiran lisan berstruktur dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi penilaian lisan / Roslinda Johari. Voice of Academia (VOA), 9 (1). pp. 23-32. ISSN 1985-5079

Official URL: https://voa.uitm.edu.my/

Abstract

Sejajar dengan Kurikulum Bahasa Ibunda yang bertujuan membimbing
pelajar menjadi pengguna bahasa yang cekap dan dapat bertutur dengan
yakin dan efektif, kajian pembelajaran telah dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran lisan para pelajar. Satu strategi pembelajaran lisan telah
dibina bagi meningkatkan kemahiran lisan para pelajar yang mengambil
bahasa Melayu. Strategi pembelajaran lisan ini menggunakan strategi
pemerancahan untuk membantu dan membimbing para pelajar bagi meningkatkan
kemahiran lisan dari segi kelancaran dan keyakinan mereka. Pembelajaran
lisan ini menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif untuk
membolehkan para pelajar melalui pembelajaran secara kolaboratif serta
kendiri melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Bahan-bahan pembelajaran yang dibina menggunakan pendekatan yang
berasaskan aktiviti berkumpulan dan pendedahan kosa kata berdasarkan
pelbagai situasi di dalam gambar. Para pelajar akan menjalani aktiviti
penyusunan gambar sebagai aktiviti rangsangan pada peringkat awal
pembelajaran. Pelajar akan didedahkan dengan kosa kata yang berkaitan
dengan pelbagai situasi yang di dalam gambar tersebut. Permainan
bahasa melibatkan kosa kata secara berkumpulan pula dapat menggalakkan
komunikasi antara pelajar dan mengingat semula kosa kata yang telah
dipelajari. Para pelajar juga didedahkan dengan penggunaan rubriks bagi
menilai tahap pencapaian kemahiran lisan mereka. TMK digunakan sebagai
latihan pengukuhan dan untuk mendapatkan maklum balas daripada
guru tentang pencapaian bacaan dan isi perbualan mereka. Rakaman
maya, ‘Vocaroo’ dan portal pelajar, iCoLAB, membolehkan pelajar merakam bacaan mereka dan memberikan pandangan mereka secara
maya. Guru pula dapat memberikan maklum balas secara maya di Blog
yang dibina dalam portal ini. Penggunaan TMK ini menggalakkan para
pelajar terutama sekali yang bersifat motivasi intrinsik untuk membuat
latihan lisan secara kendiri bagi mendapatkan maklum balas guru dan
rakan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Johari, Roslinda
roslinda_johari@moe.edu.sg
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Communicative competence
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Journal or Publication Title: Voice of Academia (VOA)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Voice of Academia (VOA)
ISSN: 1985-5079
Volume: 9
Number: 1
Page Range: pp. 23-32
Keywords: Kemahiran Lisan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK); Aktiviti Berkumpulan; Pendedahan Kosa Kata; Penilaian
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31206
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_ROSLINDA JOHARI VOA K 14.pdf] Text
AJ_ROSLINDA JOHARI VOA K 14.pdf

Download (10MB)

ID Number

31206

Indexing

|

Statistic

Statistic details