Abstract
Sejajar dengan Kurikulum Bahasa Ibunda yang bertujuan membimbing pelajar menjadi pengguna bahasa yang cekap dan dapat bertutur dengan
yakin dan efektif, kajian pembelajaran telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran lisan para pelajar. Satu strategi pembelajaran lisan telah
dibina bagi meningkatkan kemahiran lisan para pelajar yang mengambil bahasa Melayu. Strategi pembelajaran lisan ini menggunakan strategi
pemerancahan untuk membantu dan membimbing para pelajar bagi meningkatkankemahiran lisan dari segi kelancaran dan keyakinan mereka. Pembelajaran lisan ini menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif untuk membolehkan para pelajar melalui pembelajaran secara kolaboratif serta kendiri melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Bahan-bahan pembelajaran yang dibina menggunakan pendekatan yang berasaskan aktiviti berkumpulan dan pendedahan kosa kata berdasarkan pelbagai situasi di dalam gambar. Para pelajar akan menjalani aktivitipenyusunan gambar sebagai aktiviti rangsangan pada peringkat awal pembelajaran. Pelajar akan didedahkan dengan kosa kata yang berkaitan dengan pelbagai situasi yang di dalam gambar tersebut. Permainan bahasa melibatkan kosa kata secara berkumpulan pula dapat menggalakkan komunikasi antara pelajar dan mengingat semula kosa kata yang telah dipelajari. Para pelajar juga didedahkan dengan penggunaan rubriks bagi menilai tahap pencapaian kemahiran lisan mereka. TMK digunakan sebagai latihan pengukuhan dan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru tentang pencapaian bacaan dan isi perbualan mereka. Rakaman maya, ‘Vocaroo’ dan portal pelajar, iCoLAB, membolehkan pelajar merakam bacaan mereka dan memberikan pandangan mereka secara maya. Guru pula dapat memberikan maklum balas secara maya di Blog yang dibina dalam portal ini. Penggunaan TMK ini menggalakkan para pelajar terutama sekali yang bersifat motivasi intrinsik untuk membuat latihan lisan secara kendiri bagi mendapatkan maklum balas guru dan rakan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Johari, Roslinda roslinda_johari@moe.edu.sg |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Communicative competence |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 2682-7840 |
Volume: | 9 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 23-32 |
Keywords: | Kemahiran Lisan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK); Aktiviti Berkumpulan; Pendedahan Kosa Kata; Penilaian |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31206 |