Program literasi Bahasa Melayu murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu Kelantan / Helmey Zainee Binti Mohd Zain and Zuraihan binti Zakaria

Mohd Zain, Helmey Zainee and Zakaria, Zuraihan (2014) Program literasi Bahasa Melayu murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu Kelantan / Helmey Zainee Binti Mohd Zain and Zuraihan binti Zakaria. Voice of Academia (VOA), 9 (1). pp. 55-65. ISSN 2682-7840
Abstract

Literasi bahasa ditakrifkan sebagai kemampuan minimum untuk membaca
dan menulis dalam sesuatu bahasa. Pertubuhan Pendidikan Sains dan
Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu mendefinisikan seseorang yang mempunyai
keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis
sesuatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya.
Satu program literasi bahasa Melayu telah dilaksanakan di Sekolah
Kebangsaan Tiong Kota Bharu Kelantan oleh tujuh orang tenaga pengajar
dari Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains
Malaysia Kampus Kesihatan. Seramai 15 orang murid tahun tiga yang
menghadapi masalah dalam penguasaan pembacaan dan penulisan dalam
bahasa Melayu telah dipilih bagi menyertai program ini. Program ini telah
dijalankan selama dua tahun iaitu pada tahun 2011 dan tahun 2012. Fokus
utama kajian adalah untuk menganalisis keberkesanan program ini. Oleh
itu dapatan kajian dapat memberi petunjuk tentang keberkesanan program
literasi bahasa Melayu yang telah dijalankan terhadap 15 orang murid
tahun tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of AJ_HELMEY ZAINEE MOHD ZAIN VOA K 14.pdf]
Text
AJ_HELMEY ZAINEE MOHD ZAIN VOA K 14.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics