Abstract
Literasi bahasa ditakrifkan sebagai kemampuan minimum untuk membaca
dan menulis dalam sesuatu bahasa. Pertubuhan Pendidikan Sains dan
Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu mendefinisikan seseorang yang mempunyai
keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis
sesuatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya.
Satu program literasi bahasa Melayu telah dilaksanakan di Sekolah
Kebangsaan Tiong Kota Bharu Kelantan oleh tujuh orang tenaga pengajar
dari Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains
Malaysia Kampus Kesihatan. Seramai 15 orang murid tahun tiga yang
menghadapi masalah dalam penguasaan pembacaan dan penulisan dalam
bahasa Melayu telah dipilih bagi menyertai program ini. Program ini telah
dijalankan selama dua tahun iaitu pada tahun 2011 dan tahun 2012. Fokus
utama kajian adalah untuk menganalisis keberkesanan program ini. Oleh
itu dapatan kajian dapat memberi petunjuk tentang keberkesanan program
literasi bahasa Melayu yang telah dijalankan terhadap 15 orang murid
tahun tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zain, Helmey Zainee zainee@kk.usm.my. Zakaria, Zuraihan zuraihan@kk.usm.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Elementary or public school education. Elementary school teaching > Speech. Oral communication. Reading P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 2682-7840 |
Volume: | 9 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 55-65 |
Keywords: | Literasi Bahasa Melayu Murid Tiga, Program literasi |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31203 |
Download
AJ_HELMEY ZAINEE MOHD ZAIN VOA K 14.pdf
Download (18MB)