Abstract
Artikel ini bertujuan mendedahkan sumbangan tokoh ulama silam Ibn
al-Athir al-Jazari dalam ilmu Gharib al-Hadith melalui karyanya yang
berjudul al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith wa al-Athar. Ilmu Gharib
al-Hadith ialah satu cabang ilmu yang penting dalam memahami kandungan
dan ungkapan ganjil dan pelik yang terdapat dalam hadith. Ibn
al-Athir berjaya menghasilkan kitab yang tinggi nilainya dalam bidang
Gharib al-Hadith. Karya beliau lebih sistematik, tersusun dan lebih tepat
sebagai rujukan yang lengkap untuk mengetahui makna lafaz gharib
dengan lebih tepat dan cepat. Ia juga mengutamakan lafaz gharib yang
terdapat dalam kitab hadis sahih dengan merujuk pelbagai sumber seperti
kitab al-Sahihayn, kitab-kitab gharib yang terdahulu, pendapat pakar
bahasa, ulama’ fiqh dan sebagainya. Justeru artikel ini memberikan input
yang berguna dalam memahami makna hadith melalui ilmu Gharib
al-Hadith.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Siti Aisyah aisyah421@kedah.uitm.edu.my Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami msaiful0860@kedah.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Biography |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 2682-7840 |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 205-221 |
Keywords: | Ibn al-Athir; ilmu Gharib al-Hadith; kitab al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith wa al-Athar |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30953 |