Abstract
Kajian ini adalah merupakan satu kajian yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dengan kegiatan gangsterisme seperti mencuri, melawan guru, bergaduh sesama sendiri, merosakkan harta benda awam dan Iain-lain bentuk perbuatan yang menyalahi undang-undang. Dalam kajian ini, kami ingin membincangkan tentang punca-punca yang menyebabkan gejala gangsterisma berlaku dengan meluas, kesan-kesan serta langkah-langkah yang patut diambil bagi membendung gejala ini daripada terus merebak ke tahap yang lebih kritikal yang boleh mengancam keselamatan masyarakat dan nama baik negara kita. Oleh itu, gejala gangsterisma ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua lapisan masyarakat kerana gejala ini tidak akan bermula jika bukan daripada didikan yang sempurna oleh ibu bapa di rumah dan didikan guru di sekolah yang memainkan peranan untuk membentuk insan yang baik, berdisiplin serta berpelajaran tinggi yang menjadi harapan generasi yang akan datang.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aini, Hadiah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Mohamad Rijal, Hanifah UNSPECIFIED UNSPECIFIED Santa Liman, Jennifer UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Criminology L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Programme: | Law |
Keywords: | Gangsterisma,Kuching,Pelajar |
Date: | October 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30915 |
Download
PP_HADIAH BINTI AINI LAW Q 00_5.PDF
Download (1MB)