Abstract
—Unit Pengurusan Kualiti (UPK) sesebuah
organisasi adalah merupakan satu unit yang penting
berperanan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang
ditawarkan adalah pada tahap yang terbaik sentiasa. Bagi
membolehkan kualiti perkhidmatan sentiasa ditambahbaik,
kecekapan pengurusan unit tersebut adalah sangat penting.
Oleh yang demikian, tadbir urus Unit Pengurusan Kualiti perlu
dilakukan oleh staf yang cekap, berpengalaman serta
berpengetahuan luas. Pemilihan ahli jawatankuasa untuk
mengurus unit ini perlu dilakukan dengan teliti bagi
memastikan ahli yang terpilih menepati kriteria yang
dinyatakan.Bagi memenuhi tujuan ini, Unit Pengurusan Kualiti
UiTM cawangan Kelantan telah mengambil inisiatif menwujudkan satu database menggunakan Microsoft Excel bagi membolehkan ahli yang pakar di dalam unit dikenalpasti untuk diketengahkan sebagai ahli jawatankuasa untuk tadbir urus UPK. Mana-mana staf yang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa di dalam UPK akan disenaraikan di dalam database ini dari semasa ke semasa dan dan ahli yang cekap dan pakar dalam bidang tertentu boleh dikenalpasti dengan segera dari database ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nik-Wan, Nik Zam nikzam@uitm.edu.my Abdullah@Abd Aziz, Azilawati azila430@uitm.edu.my Wan Mustafa, Wan Muzlaina muzlaina@uitm.edu.my Mustapha, Zaiton zaiton630@uitm.edu.my Mustapha, Muhammad Firdaus mdfirdaus@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Community colleges L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Event Title: | Extended Abstract of 2nd Kelantan International Learning and Innovation Exhibition 2019 (KILIEx 2019) |
Event Dates: | 19th - 20th August 2019 |
Page Range: | pp. 62-63 |
Keywords: | Cekap, database, Microsoft Excel, pakar, pengurusan kualiti |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30831 |