Abstract
Demokrasi adalah suatu ideologi politik yang lahir dari evolusi pemikiran liberalisme yang mana lebih menekankan kepada kebebasan dan kedaulatan yang mengagung-agungkan individualisma. Penulisan ini, lebih memfokuskan kepada kritikan terhadap suasana politik secara sindiran melalui penyampaian karya seni. Politik adalah proses dan cara untuk membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Apakah itu politik? Politik didefinisikan dengan sangat variatif, samaada berpandangan positif mahupun negatif. Politik sering diterjemahkan dengan penggunaan kuasa atau kemenangan, suatu proses membuat keputusan secara kolektif, peruntukan masa yang terhad, atau sebagai arena pertarungan kepentingan yang penuh muslihat. Secara lebih ringkas dalam binaan politik Malaysia adalah berbau perkauman. Justeru ini menyebabkan banyak dasar-dasar yang dibentuk oleh kerajaan adalah terpengaruh dengan binaan politik yang bentuk oleh pendapat umum yang berbau perkauman. Malah sejak awal penubuhan Malaysia, fenomena ini sering menjadi penentu dalam tindak-tanduk kerajaan. Satu contoh dari hal ini adalah penyingkiran Singapura dari Persekutuan
Malaysia (Leifer, 1977)
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Noor Enfendi, Desa enfendi@yahoo.com Abdul Aziz, Zalay @ Zali abdul.aziz@fskik.upsi.edu.my Noor A’yunni, Muhammad noora691@uitm.edu.my |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 2 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 122-129 |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30608 |