Muka taip berdasarkan karakter dalam seni filem tempatan / Iqbal Jaapar ... [et al.]

Iqbal, Jaapar and Mohd Ali Azraie, Bebit and Suzlee, Ibrahim and Mohd Saharuddin, Supar and Mohd Shaharuddin, Sabu and Khurul ‘Ain, Mahasan (2018) Muka taip berdasarkan karakter dalam seni filem tempatan / Iqbal Jaapar ... [et al.]. Idealogy Journal, 3 (3). pp. 152-160. ISSN 2550-214X
Abstract

Asas projek ini adalah untuk merekabentuk muka taip digital huruf besar (A-Z) dengan menggunakan perisian vektor untuk menggambarkan watak Dayang Senandung dalam pengaruh Filem Klasik Melayu iaitu filem Dayang Senandung yang diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1965. Teknik yang kami gunakan untuk mereka bentuk muka taip itu berdasarkan kajian visual mengenai watak dan ciri-ciri yang terdapat dalam watak tersebut. Pendekatan keseluruhan kami adalah untuk mencipta satu muka taip komersial yang dapat mewakili visual dan
personaliti watak Dayang Senandung.Proses jalan cerita dalam filem tersebut memberi ilham kepada pereka mengambil karakter dan sinopsis yang dilakonkan
Dayang Senandung untuk diabadikan dalam muka taip tersebut. Transaksi berkulit gelap kepada berkulit cerah yang terjadi pada Dayang Senandung ini diambil sebagai asas idea kepada muka taip ”Dayang Senandung”. Selepas selesai tugasan itu, kami dapati muka taip ini berjaya dari segi astetik menggambarkan kata-kata kunci tersebut. Jadi dengan wujudnya tipografi ”Dayang Senandung” ini boleh memberikan para pereka lebih pilihan muka taip untuk mereka sesuatu rekaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30474.pdf]
Text
30474.pdf
Download (453kB)
Indexing & Metrics