Abstract
Asas projek ini adalah untuk merekabentuk muka taip digital huruf besar (A-Z) dengan menggunakan perisian vektor untuk menggambarkan watak Dayang Senandung dalam pengaruh Filem Klasik Melayu iaitu filem Dayang Senandung yang diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1965. Teknik yang kami gunakan untuk mereka bentuk muka taip itu berdasarkan kajian visual mengenai watak dan ciri-ciri yang terdapat dalam watak tersebut. Pendekatan keseluruhan kami adalah untuk mencipta satu muka taip komersial yang dapat mewakili visual dan
personaliti watak Dayang Senandung.Proses jalan cerita dalam filem tersebut memberi ilham kepada pereka mengambil karakter dan sinopsis yang dilakonkan
Dayang Senandung untuk diabadikan dalam muka taip tersebut. Transaksi berkulit gelap kepada berkulit cerah yang terjadi pada Dayang Senandung ini diambil sebagai asas idea kepada muka taip ”Dayang Senandung”. Selepas selesai tugasan itu, kami dapati muka taip ini berjaya dari segi astetik menggambarkan kata-kata kunci tersebut. Jadi dengan wujudnya tipografi ”Dayang Senandung” ini boleh memberikan para pereka lebih pilihan muka taip untuk mereka sesuatu rekaan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Iqbal, Jaapar iqbal.j@outlook.com Mohd Ali Azraie, Bebit azraiebebit@yahoo.co.uk Suzlee, Ibrahim suzleeibrahim@gmail.com Mohd Saharuddin, Supar UNSPECIFIED Mohd Shaharuddin, Sabu UNSPECIFIED Khurul ‘Ain, Mahasan UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Technique > Special subjects (Technique, history and collections) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 3 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 152-160 |
Keywords: | Muka Taip, Vektor, Dayang Senandung, Komersial |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30474 |