Maslahah di sebalik keharusan prosedur-prosedur rawatan IVF (In-Vitro Fertilisation): suatu kupasan / Mansor Sulaiman … [et al.]

Sulaiman, Mansor and Yusoff, Zailin Shah and Zainuddin, Ahmad Murad and Hisyam, Ahmad Irfan Ikmal and Long, Abdullah (2017) Maslahah di sebalik keharusan prosedur-prosedur rawatan IVF (In-Vitro Fertilisation): suatu kupasan / Mansor Sulaiman … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 3 (2). pp. 57-79. ISSN 0128-0902
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kedudukan maslahah di sebalik keharusan pelaksanaan prosedur-prosedur rawatan kesuburan dalam kategori IVF (in-Vitro Fertilisation). Sebagai penentuan kepada batasan kajian, tulisan ini hanya merujuk kepada garis panduan syariah rawatan kesuburan yang telah dibangunkan oleh penyelidik UMP menerusi geran FRGS yang tamat pada 2015. Menerusi rujukan ini, tulisan ini memfokuskan penelitian terhadap maslahah di sebalik keharusan prosedur-prosedur yang berkenaan sahaja. Penelitian yang dijalankan adalah berkisar kepada dalil-dalil dan kaedah-kaedah yang dirujuk dalam penentuan keharusan prosedur-prosedur tersebut. Dalil-dalil dan kaedah-kaedah ini akan dikaji perkaitannya dengan maslahah dan seterusnya dikemukakan kesimpulan berbentuk kedudukan maslahah di sebalik keharusan prosedur-prosedur yang berkenaan. Akhirnya diharapkan tulisan ini akan dapat dijadikan rujukan dalam isu-isu baru khususnya yang memerlukan kepada penjelasan syariah terhadapnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30361.pdf]
Text
30361.pdf
Download (513kB)
Indexing & Metrics