Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kedudukan maslahah di sebalik keharusan pelaksanaan prosedur-prosedur rawatan kesuburan dalam kategori IVF (in-Vitro Fertilisation). Sebagai penentuan kepada batasan kajian, tulisan ini hanya merujuk kepada garis panduan syariah rawatan kesuburan yang telah dibangunkan oleh penyelidik UMP menerusi geran FRGS yang tamat pada 2015. Menerusi rujukan ini, tulisan ini memfokuskan penelitian terhadap maslahah di sebalik keharusan prosedur-prosedur yang berkenaan sahaja. Penelitian yang dijalankan adalah berkisar kepada dalil-dalil dan kaedah-kaedah yang dirujuk dalam penentuan keharusan prosedur-prosedur tersebut. Dalil-dalil dan kaedah-kaedah ini akan dikaji perkaitannya dengan maslahah dan seterusnya dikemukakan kesimpulan berbentuk kedudukan maslahah di sebalik keharusan prosedur-prosedur yang berkenaan. Akhirnya diharapkan tulisan ini akan dapat dijadikan rujukan dalam isu-isu baru khususnya yang memerlukan kepada penjelasan syariah terhadapnya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Mansor mansor@ump.edu.my Yusoff, Zailin Shah zailin@uthm.edu.my Zainuddin, Ahmad Murad dramz92@yahoo.com Hisyam, Ahmad Irfan Ikmal irfan@ump.edu.my Long, Abdullah abdullahlong_srcisum@yahoo.com |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contempory Islamic Studies |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | 0128-0902 |
Volume: | 3 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 57-79 |
Keywords: | IVF, Rawatan kesuburan, Garis panduan syariah, Halal |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30361 |