Perkaitan islamophobia dan orientalisme klasik : satu analisis / Rahimin Affandi Abdul Rahim ... [et. al]

Rahimin Affandi, Abdul Rahim and Mohd Anuar, Ramli and Siti Maimunah, Hj. Kahal and Muhamad Yusri, Yusof @ Salleh and Muhd Imran, Abd Razak and Paiz, Hassan and Mohd Zahirwan Halim, ZainalAbidin (2018) Perkaitan islamophobia dan orientalisme klasik : satu analisis / Rahimin Affandi Abdul Rahim ... [et. al]. Idealogy Journal, 3 (2). pp. 62-78. ISSN 2550-214X
Abstract

Selepas berlakunya peristiwa 11 September 2001, telah tercetus pelbagai usaha memburukkan Islam di seluruh dunia. Ia dikenali dengan terma Islamophobia, yang
menyaksikan umat Islam seluruh dunia menjadi mangsa kebencian dan kekerasan. Untuk itu, antara objektif kajian ini adalah cuba merekonstruksi persoalan; adakah benar Islamophobia itu dicetuskan oleh peristiwa 11 September 2001, atau adakah ia wujud jauh sebelum tarikh tersebut. Untuk fokus utama, kita akan menumpukan perhatian kepada sejarah Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan sebagai asas metodologi dengan mengkaji buku-buku penulisan orientalis barat sebagai asas kepada kajian dan dianalisis mengikut kerangka berfikir nusantara. Kajian ini merumuskan bahawa Islamophobia ini terjadi berasaskan dua faktor, pertama, tindakan golongan ekstremisme yang menimbulkan keresahan di barat bermula dengan peristiwa 11 September 2001 dan penulisan-penulisan orientalis kolonial barat di zaman lampau dan moden adalah penyumbang besar kepada Islamophobia di seluruh dunia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30284.pdf]
Text
30284.pdf
Download (541kB)
Indexing & Metrics