Integrasi Kampus UiTM Perak bersama Tourism Malaysia Perak sebagai komuniti akademik / Mohamad Sohaimi Man

Mohamad Sohaimi, Man (2018) Integrasi Kampus UiTM Perak bersama Tourism Malaysia Perak sebagai komuniti akademik / Mohamad Sohaimi Man. Idealogy Journal, 3 (2). pp. 280-292. ISSN 2550-214X

Abstract

Pelancongan adalah satu produk yang unik dan merupakan satu campuran unsur ketara dan tidak ketara dan merupakan inspirasi dalam aktiviti kehidupan harian. Ia
diiktiraf sebagai pemangkin dan penjanaan ekonomi sesebuah tempat, negeri dan negara melalui kepelbagaian tarikan seperti kesan peninggalan sejarah, keindahan
alam ciptaan Allah SWT sehinggalah kepada kebudayaan dan perilaku masyarakat setempat. Ini merupakan satu aset ‘sedia ada’ sebagai produk berkomersial di dalam
industri penggalakan pelancongan negara. Susulan dari itu, tarikan pelancong untuk datang ke negara kita boleh diolah dan diinovasikan melalui integrasi tiga komponen
iaitu universiti, agensi pelancongan dan komuniti setempat. Integrasi tersebut boleh mewujudkan kerjasama ke arah menengahkan unsur-unsur sejarah tempatan dari
pelbagai aspek seperti seni tampak, budaya dan corak persekitaran. Universiti menjadi peranan utama untuk direalisasikan sebagai destinasi pertama pelancong
sebelum menuju ke mana-mana destinasi lain. Secara rasionalnya, UiTM Cawangan Perak boleh berperanan sebagai sebuah pusat transit akademik pelancongan
bercorak informasi akademik berkomersial melalui kerjasama dengan agensi pelancongan dan komuniti setempat. Ini merupakan satu inovasi akademik yang
boleh dilaksanakan melalui mekanisma universiti iaitu membawa universiti kepada masyarakat dan bukan masyarakat kepada universiti. Ini merupakan nilai tambah
dalam memantapkan penyampaian maklumat yang dikongsikan bersama untuk dimanfaatkan untuk kepentingan umum, seiring dengan objektif universiti untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar dalam kegiatan jaringan industri dalam membantu negara Malaysia melalui industri penggalakkan
pelancongan. Usaha ini akan berjaya bila adanya penglibatan menyeluruh warga universiti ( UiTM Perak ) beserta agensi pelancongan, komuniti tempatan, kerajaan
negeri dan agensi-agensi kerajaan atau swasta yang sedia memberi komitmen dan kerjasama yang terbaik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Sohaimi, Man
sohaimi810@perak.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 280-292
Keywords: integrasi, universiti, transit pelancong, komuniti
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30233
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30233.pdf] Text
30233.pdf

Download (623kB)

ID Number

30233

Indexing

Statistic

Statistic details