Interpretasi 9 karya seni visual terpilih bakat muda sezaman dari konteks teras dasar kebudayaan kebangsaan / Firdaus Naif Omran Zailuddin ... [et al.]

Firdaus Naif, Omran Zailuddin and Muhammad, Abdullah and Hawari, Berahim and Azharudin, Mappon (2018) Interpretasi 9 karya seni visual terpilih bakat muda sezaman dari konteks teras dasar kebudayaan kebangsaan / Firdaus Naif Omran Zailuddin ... [et al.]. Idealogy Journal, 3 (2). pp. 121-141. ISSN 2550-214X

Abstract

Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni visual anjuran Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang paling berprestij di Malaysia. 40 tahun penganjurannya telah berjaya melahirkan ramai artis ternama yang kini menjadi pelopor dalam arena seni visual Malaysia dan serantau. Sesuai dengan kekuatan BMS sebagai cerminan masa depan seni visual Malaysia dan peranan seni sebagai wadah budaya bangsa, objektif kajian bertujuan untuk menganalisis dan seterusnya merungkai karya-karya
seni visual terkini artis Malaysia dari perspektif budaya kebangsaaan melalui platform BMS dari tahun 2000 hingga 2013. Melalui objektif ini, kajian berhasrat untuk memahami dengan jelas elemen dan ciri-ciri visual yang menjadi identiti budaya di dalam seni visual Malaysia terkini. Objektif ini dicapai menerusi pemerhatian dan pembacaan buku-buku katalog BMS keluaran BSVN, buku-buku ilmiah, jurnal, dan kajian-kajian terdahulu yang relevan selain temu bual ke atas tiga artis dan ahli akademik yang memenangi pertandingan BMS. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif, berpandukan 4 komponen teori kritikan seni Feldman E.B. (1994) iaitu penerangan, analisis, interpretasi dan penilaian. 9 karya
akan dianalisis dari aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’. Keputusan analisis karya akan dibandingkan dengan elemen budaya kebangsaan (triangulasi data) dan seterusnya menjustifikasi dan mengkelaskan karya-karya seni visual BMS berdasarkan 3 teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu, budaya rakyat asal rantau, budaya lain yang sesuai dan budaya Islam melalui teks deskriptif (descriptive text). Kajian ini penting untuk mewujudkan kesedaran, penghayatan yang lebih mendalam dan memberikan
pengetahuan kepada penghayat seni dalam memahami makna dan pendekatan dan isi di dalam karya seni visual terkini. Hasil kajian melalui teks deskriptif menjelaskan
keberadaan elemen budaya kebangsaan dan hubungannya di dalam karya-karya kontemporari terpilih BMS (2000-2013).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Firdaus Naif, Omran Zailuddin
firdaus.oz@umk.edu.my
Muhammad, Abdullah
muham725@perak.uitm.edu.my
Hawari, Berahim
hawari@umk.edu.my
Azharudin, Mappon
azharuddin@umk.edu.my
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts
N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > General special
N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 121-141
Keywords: Interperetasi, Bakat Muda Sezaman, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30225
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30225.pdf] Text
30225.pdf

Download (949kB)

ID Number

30225

Indexing

Statistic

Statistic details