Isu tanah dalam filem-filem terpilih Rahim Razali / Siti Normala Hamzah, Mohamad Saleeh Rahamad @ Ahamad dan Md Azalanshah Md Syed.

Hamzah, Siti Normala and Rahamad @ Ahamad, Mohamad Saleeh and Md Syed, Md Azalanshah (2018) Isu tanah dalam filem-filem terpilih Rahim Razali / Siti Normala Hamzah, Mohamad Saleeh Rahamad @ Ahamad dan Md Azalanshah Md Syed. Forum Komunikasi (FK), 13 (2). pp. 1-31. ISSN 0128-2379
Abstract

Artikel ini membicarakan isu dan polemik tanah yang diangkat sebagai tema dalam filem-filem terpilih Rahim Razali, seorang karyawan filem Malaysia. Tanah dan masyarakat Melayu sememangnya mempunyai hubungan yang erat dan sudah mewarnai ruang lingkup sejarah kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Oleh yang demikian, tidak hairanlah tanah menjadi salah satu isu yang dipaparkan dalam filem Rahim Razali sebagai pemaparan realisme sosiobudaya bangsa Melayu serta memperlihatkan sisi perjuangan beliau yang sering mengangkat idea-idea semangat perjuangan dan kepentingan orang Melayu. Untuk kajian ini, pengkaji akan melihat soal tanah yang dibangkitkan dalam tiga buah filem beliau iaitu Abang, Puteri, dan Anak Sarawak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30197.pdf]
Text
30197.pdf
Download (687kB)
Indexing & Metrics