Demokrasi pendidikan dalam sistem pengajian di institusi pondok : pelaksanaan dan amalan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin ... [et al.]

Mohd Zahirwan Halim, Zainal Abidin and Huzaimah, Ismail and Muhammad Yusri, Yusof @ Salleh and Abd.Munir, Mohd Noh and Ahmad Bakhtiar, Jelani and Mohd Anuar, Ramli (2020) Demokrasi pendidikan dalam sistem pengajian di institusi pondok : pelaksanaan dan amalan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin ... [et al.]. IDEALOGY, 5 (1). pp. 119-130. ISSN 2550-214X

Abstract

Istilah demokrasi amat sinonim dengan keadaan geo-politik dalam aspek pentadbiran atau pemerintahan sesebuah negara. Namun, sekiranya diamati, peristilahan demokrasi bukan hanya berkisar kepada prospek politik semata-mata, malah boleh diperluaskan kepada prospek-prospek lain antaranya prospek pendidikan. Demokrasi dalam pendidikan terutamanya pendidikan Islam telah menjadi perbincangan para sarjana sejajar dengan matlamat pendidikan Islam yang menumpukan kepada melahirkan umat Islam yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan kedatangan Islam ke Nusantara, penubuhan institusi-institusi pengajian Islam antaranya institusi pondok memperlihatkan pendemokrasian pendidikan dalam sistem pengajian yang dipraktikkan di institusi tersebut. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk menyelusuri kefahaman berkaitan demokrasi pendidikan di samping mengkaji demokrasi pendidikan yang telah dilaksanakan di institusi pengajian pondok khususnya di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode kualitatif sepenuhnya berpandukan analisis dokumen, temubual dan pemerhatian dalam mendapatkan data-data yang diperlukan. Dapatan kajian ini menunjukkan sistem pengajian di institusi pondok telah mengaplikasikan demokrasi pendidikan berbentuk sistem pengajian secara percuma dan terbuka, tiada had umur, kepelbagaian jantina dan masa pengajian yang berpanjangan. Rumusnya, demokrasi pendidikan merupakan satu langkah praktikal yang telah dilaksanakan di institusi pengajian pondok. Dasar ini amat bersesuaian dengan matlamat penubuhannya dalam menyebarkan ilmu pengetahuan Islam bercirikan fardhu ain kepada masyarakat Islam seluruhnya tanpa mengira status, darjat, latar belakang atau gender

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Mohd Zahirwan Halim, Zainal Abidinmohdz560@uitm.edu.my
Huzaimah, IsmailUNSPECIFIED
Muhammad Yusri, Yusof @ SallehUNSPECIFIED
Abd.Munir, Mohd NohUNSPECIFIED
Ahmad Bakhtiar, JelaniUNSPECIFIED
Mohd Anuar, RamliUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
L Education > LC Special aspects of education > Madrasahs
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: IDEALOGY
Journal: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 119-130
Official URL: http://idealogyjournal.com/
Item ID: 30123
Uncontrolled Keywords: Demokrasi Pendidikan, Institusi Pengajian Pondok, Pelaksanaan, Amalan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30123

Download

[img] Text
30123.pdf

Download (264kB)

ID Number

30123

Others


View in Google Scholar

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year