Strategi menambat hati pengundi dalam pilihan raya / Mohammad Shatar Sabran

Sabran, Mohammad Shatar (2008) Strategi menambat hati pengundi dalam pilihan raya / Mohammad Shatar Sabran. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 telah niemberikan satu kejutan besar
terutamanya kepada kerajaan Barisan Nasional. Pada pilihan raya kali ini, kerajaan
Barisan Nasional hanya memenangi sebanyak 140 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi
Parlimen yang dipertandingkan. Jumlah ini nyata berbeza dengan keputusan Pilihan
Raya Umum ke-11, apabila Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi berjaya memenangi lebih 2/3 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Keputusan pilihan raya kali inijuga telah memberikan satu tamparanyang hebat kepada
Barisan Nasional apabila muka-muka lama dalam kerajaan tewas kepada calon-calon
muda yang baru bertanding. Keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan Barisan
Nasional kali ini dikatakan disebabkan oleh beberapafaktoryang wujud sebelum pilihan
raya kali ini. Salah satu faktor yang dikatakan penyebab kepada kekalahan Barisan
Nasional adalah disebabkan oleh kempen perang siber yang dilancarkan oleh para
bloggers di internet dan kawalan kerajaan terhadap media massa perdana. Kekangan
dan sekatan politik menyebabkan masyarakat mahupun parti oposisi sukar mempengaruhi
minda masyarakat dengan pendapat altematif kerana kawalan dan pemilikan pihak
kerajaan terhadap media massa arus perdana. Ini menyebabkan parti pemerintah dalam
keadaan yang sama menguasai agen sosialisasi politik utama dan berada dalam keadaan
hegemonik dalam membentukpemikiran sekali gus budaya politik massa mengikut acuan
yang dikehendaki. Namun, kedudukan yang hegemonik bukanlah sesuatu yang kekal,
sebaliknya bagi Gramsic (1971) aktiviti penghegemonian perlu dilakukan setiap massa
di segenap ruang kehidupan massa yang ada. Di sini, para blogger melihat ruang siber
yang wujud pada hari ini telah menjadi satu ruang bagi mereka untuk menyuarakan
suara mereka yang selama ini dinafikan dalam media massa perdana. Blogging telah
dilihat sebagai satufenomena baru yang mencetus era baru dalam kebebasan bersuara.
Kertas kerja ini akan membincangkan hasil kajian yang dijalankan bagi melihat
kandungan-kandungan (posting) yang dimuatkan oleh para blogger di Malaysia sebagai
satu tindakan kontra-hegemoni (counter hegemony) yang dilakukan oleh masyarakat sivil
dalam ruang siber yang dilihat memberikan satu kebebasan bagi mereka untuk
memecahkan hegemoni pemerintah dalam kontrol media masa perdana. Kajian ini
menggunakan kaedah analisis kandungan dengan menganalisis sebanyak 193 blog politik
yang dipilih bagi menganalisis bentuk kandungan yang wujud dalam blog-blog politik di
Malaysia. Blog-blog yang dipilih ini dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu blog
yang menyokong kerajaan, blog yang tidak menyokong kerajaan dan blog yang bersifat
neutral. Hasil kajian menunjukkan terdapat 114 blog politik yang tidak menyokong
kerajaan, dan hanya terdapat 28 sahaja blog politik yang menyokong kerajaan. Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa isu Mama yang dibincangkan (diblogkan) oleh para
pemblog dalam blog mereka ialah isu yang menyentuh mengenai kepimpinan Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia Kelima. Kajian juga
menunjukkan daripada blog-blog yang dianalisis, pemblog dari kalangan orang Melayu
mendominasi blog politik di Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pemblog
politik gemar menggunakan noma samaran bagi melindungi identiti sebenar mereka.
Pemblog lelaki merupakan pemblog yang paling ramai terlibat dalam aktiviti Hogging
ini dan golongan muda merupakan golongan utama yang terlibat cergas dalam aktiviti
ini. Sebagi rumusan, daripada hasil kajian jelas menunjukkan bahawa ruang siber ini
telah digunakan secara meluas oleh masyarakat siber bagi berkongsi maklumat, sebagai
satu bentuk counter hegemony dan menyuarakan suara mereka dengan lebih terbuka
dan bebas.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sabran, Mohammad Shatar
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3012
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of SP_SMH0857.pdf] Text
SP_SMH0857.pdf

Download (388kB)

ID Number

3012

Indexing

Statistic

Statistic details