Abstract
Wacana mengenai keputusan dan impak pilihan raya umum (PRU) ke-12 Malaysia masih
lagi hangat diperbincangkan oleh rakyat Malaysia. Kekalahan Barisan Nasional di
beberapa kerusi Parlimen menandakan bahawa wujudnya satu isyarat daripada pengundi
Malaysia terhadap kepimpinan yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
pada pilihan raya kali ini. BN hanya mampu mempertahankan 140 kerusi Parlimen sahaja.
Jelas sekali keputusan kali ini menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam Parlimen.
Pada pilihan raya kali ini, dilihat tempoh berkempen selama 13 hari memberikan peluang
kepada parti-parti politik yang bertanding menggerakkan jentera pilihan raya masingmasing
bagi berkomunikasi dan membujuk pengundi melalui saluran-saluran komunikasi
yang sedia wujud. Media massa juga turut memainkan peranan penting dalam
menyalurkan maklumat politik dan salah satu komponen penting dalam kempen pilihan
raya adalahpenggunaan iklan-iklanpolitik bercetakyang disiarkan dalam media massa
perdana. Penggunaan iklan-iklan politik semasa pilihan raya bukannya sesuatu yang
baru, ia telah digunakan secara meluas dalam PRU ke-11. Iklan-iklan politik semasa
pilihan raya juga turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi di
samping menterjemahkan manifesto sesebuah parti ke dalam bentuk yang lebih kreatif
dan menarik. Pada pilihan raya kali ini, sebanyak 11 siri iklan politik BN bercetak telah
disiarkan dalam media massa perdana. Strategi kreatif merupakan elemen penting dalam
membina sesebuah iklan dan para pengiklan harus memahami beberapa perkara penting
sebelum membina iklan bagi memastikan mesej yang disampaikan kepada sasaran
khalayak adalah jelas dan tepat. Dalam periklanan politik, penggunaan iklan-iklan politik
dalam pilihan raya adalah merupakan salah satu aspek terpenting. Khalayak sasaran
dalam periklanan politik adalah berbeza berbanding dengan sasaran khalayak dalam
pasaran komersial. Namun begitu dalam konteks pemasaran politik, strategi pemasaran
politik dirancang mengikut keadaan sosio-politik semasa agar strategi komunikasi dan
periklanan politik dapat dibentuk dengan jelas, tepat dan berkesan. Oleh itu, kertas kerja
ini akan menggunakan kaedah analisis semiotik bagi menganalisis iklan-iklan politik
cetak BNyang telah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bagi memahami strategi
kreatif yang digunakan dari sudut penggunaan dan kesesuaian elemen-elemen kreatif
terpilih seperti tajuk utama, tajuk kecil, kapi iklan, badan kapi, dan ilustrasi yang
digunakan
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saahar, Suhaimee UNSPECIFIED Hassan Basri, Fuziah Kartini UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3011 |