Abstract
Mimbar merupakan satu daripada perkara wajib ada
dalam pembinaan masjid. Fungsi utama mimbar
sebagai tempat menyampaikan khutbah pada setiap
hari Jumaat. Kebanyakan reka bentuk mimbar dibuat
bukan sahaja kerana fungsinya tetapi juga
menitikberatkan nilai-nilai keindahan seni ukiran
yang mempunyai ragam hias pada reka bentuk
mimbar tersebut. Persoalannya, bagaimanakah reka
bentuk dan reka corak ukiran pada mimbar masjid di
Terengganu dihasilkan pada tahun 2009 hingga
2014 dan apakah nilai-nilai keindahan di sebalik
ukiran kayu tersebut.Bagi menjawab persoalan
kajian ini, kaedah kualitatif digunakan bagi
mendapatkan maklumat yang tepat dan sempurna
melibatkan kajian lapangan di Terengganu. Hasil
dapatan kajian mendapati reka bentuk ukiran kayu
yang dihasilkan menggunakan ukiran silat dan diolah
separuh timbul dan tebukan tembus. Seterusnya
hasil kajian ini juga mendapati di sebalik reka bentuk
dan reka corak ukiran kayu ini tersurat dan tersirat
nilai berhalus. Kajian yang dijalankan ini diharap
dapat mempertahankan kesenian Islam Melayu dari
kepupusan teknologi yang semakin berkembang
maju kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung
kepada kehebatan seni budaya bangsa.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Noor Hafiza UNSPECIFIED Hamzah, Azni Hanim UNSPECIFIED Mat Sari, Mohd Fauzan UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mahat, Sabariah UNSPECIFIED Patron Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Patron Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Journal Advisor Harun, Azahar UNSPECIFIED Chief Editor Mohammad Nor, Liza Marziana UNSPECIFIED Editor Shamsudin, Wan Nur Khalisah wnkhalisah@gmail.com Editor Idris, Nurkhazilah UNSPECIFIED Designer Shamsudin, Wan Nur Khalisah wnkhalisah@gmail.com Reviewer Harun, Azahar UNSPECIFIED Reviewer Zakaria, Rosli UNSPECIFIED Reviewer Mohd Sharif, Nadzri UNSPECIFIED Reviewer Abd Razak, Haslinda UNSPECIFIED Reviewer Mohammad Nor, Liza Marziana UNSPECIFIED Reviewer Abu Hassan, Sharmiza UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration > Woodwork |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | Jurnal Inspirasi Seni Intelektual (I.S.I) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Inspirasi Seni Intelektual |
ISSN: | 2637-0115 |
Page Range: | pp. 81-95 |
Keywords: | Keindahan; Ukiran kayu; Mimbar; Masjid; Terengganu |
Date: | July 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30100 |