Dinding grafiti...Tarian robot...Pudu jail ke zaman Hip Hop / Azahari Khalip

Khalip, Azahari (2019) Dinding grafiti...Tarian robot...Pudu jail ke zaman Hip Hop / Azahari Khalip. Jurnal Inspirasi Seni Intelektual (I.S.I). pp. 71-80. ISSN 2637-0115
Abstract

Dinding grafiti ……Tarian Robot ……Pudu Jail ke
Zaman Hip Hop merupakan sorotan waktu
bermulanya budaya seni jalanann yang berputik dari
budaya Pop atau Rap di dalam kesenian muzik dan
fesyen sehinggalah ianya berkembang pesat
sebagai satu wadah seni masyarakat urban yang
bermula di Amerika, hinggalah ianya berkembang
menjadi bentukan seni yang kukuh dan diterima oleh
masyarakat secara global. Artikel ini meninjau
aspek- aspek kesenian jalanan iaitu lukisan mural
grafiti yang pada mulanya amat di sanggah oleh
masyarakat kerana elemen-elemen vandalism
terbentuk dengan tujuan sebagai ekspresi emosi
yang tidak terkawal kewujudunnya pada tahap
permulaan. Dalam artikel ini juga penulis cuba untuk
melihat kembali perkembangan seni grafiti atau seni
mural di tanahair ini seperti kewujudan mural
pertama di Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan
slogan ‘Cara Hidup Malaya’ pada tahun 1961, begitu
kuat pengaruh gayaan Kubisme dan pengaruh seni
mural Mexico seperti yang dihasilkan oleh seniman
bernama Diego Riverea dan Clemente Orosco. Tidak
lupa juga dengan mural Penjara Pudu yang
menyingkap tentang panorama pemandangan hutan
tropikal di tengah bandaraya Kuala- Lumpur pada
suatu ketika dahulu. Kesenian jalanan atau kesenian
grafiti mula bertapak dengan kukuh sekali di
Malaysia sebagai satu wadah kesenian yang berjiwa
rakyat dan elemen elemen yang ditampilkan
sesungguhnya memberikan hasil yang positif dan
murni malahan di terima secara positif oleh
masyarakat. Tidak dinafikan seni grafiti atau
kesenian mural dapat memeriahkan dan
menceriakan kehidupan rakyat Malaysia secara
amnya, dan ia merupakan wadah kesenian yang
cukup dekat dengan masyarakat dekad ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 30097.pdf]
Text
30097.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics