Abstract
Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial dan politik di
kebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. Wanita hari ini bergerak
maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, pekerjaan, kepimpinan dan
sebagainya. Peranan wanita di Malaysia pada masa kini boleh dibanggakan berbanding
lebih lima puluh tahun dahulu. Peranan mendidik dan memandu generasi memerlukan
kerjasama semua pihak dan perlu diperhebat untuk menjadikan wanita kepada
penyumbang pembangunan negara yang lebih adil dan saksama. Menerusi cetusan
Wawasan 2020, ternyata hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju adalah diharapkan oleh semua pihak. Pelbagai perubahan telah, sedang
dan akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh yang demikian, penglibatan
wanita adalah pelengkap untuk menguruskan pembangunan dan penglibatan dalam politik
negara akan memberi satu paradigma baru dalam kedudukan mereka dalam kerajaan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Zaherawati UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3008 |