Abstract
Penulisan ini bertujuan membincangkan penghasilan karya seni visual berdasarkan adaptasi terhadap salah satu bentuk kesusasteraan rakyat Melayu iaitu Cerita Si Luncai. Adaptasi yang dilakukan adalah memfokuskan kepada unsur-unsur didaktik atau pengajaran yang terkandung di dalam teks cerita Si Luncai. Objektif penulisan ini adlah untuk melihat samada pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas
sesebuah hasil kesusasteraan dan menterjemahkannya dalam bentuk imej visual. Penyelidikan ini menggunakan gabungan pendekatan Teori Adaptasi oleh Desmond & Hawkes (2006) dan kaedah ekplorasi visual yang diperkenalkan oleh O’Grady J. & K (2009). Bentuk karya seni visual yang dihasilkan adalah karya seni cetakan blok kayu konvensional. Dapatan penulisan kajian ini adalah sebanyak satu (01) karya cetakan blok kayu konvensional dengan sepuluh (10) edisi telah dihasilkan berdasarkan adaptasi yang dilakukan terhadap subjek kajian untuk tatapan
penghayat. Kesimpulannya, hasil dari penyelidikan ini mendapati bahawa bahan kesusasteraan rakyat Melayu mampu diterjemah semula secara visual dan amat
berpotensi untuk dijadikan sebagai subjek atau tema didalam penghasilan karya seni visual. Disamping itu, penulisan ini juga mampu untuk memperkayakan penghayatan kedua-dua bentuk kesenian ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hazrul Mazran, Rusli hazrulmazranrusli@gmail.com Abdul Aziz, Zali @ Zalay UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > General special |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 43-56 |
Keywords: | kesusasteraan rakyat; cerita jenaka Melayu; seni visual; cetakan; adaptasi |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30024 |