Pilihan raya umum ke-12 : Kajian kes kerusi Parlimen Labuan / Mohd Azri Ibrahim

Ibrahim, Mohd Azri (2008) Pilihan raya umum ke-12 : Kajian kes kerusi Parlimen Labuan / Mohd Azri Ibrahim. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 2 (4), Pulau Labuan telah diisytiharkan
sebagai Wilayah Persekutuanpada tahun 1984 dengan nama Wilayah Persekutuan (WP)
Labuan. Ini bermakna Pulau Labuan merupakan Wilayah Persekutuan yang kedua selepas
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selepas status Pulau Labuan sebagai Wilayah
Persekutuan Labuan, beberapa Pilihan raya umum telah diadakan dan Labuan berdiri
sebagai sebuah kawasan Parlimen dalam setiap Pilihan raya yang diadakan. Adalah
sesuatu yang menarik untuk diberikan perhatian dan penyelidikan terhadap perkembangan
dan perjalanan Pilihan raya umum di Wilayah Persekutuan Labuan. Ini kerana kajian
politik dan Pilihan raya terhadap Wilayah Persekutuan kedua bagi Malaysia ini adalah
agak terhad dan masih lagi kurang. Oleh itu, penulis melihat adalah perlu kajian terhadap
politik dan Pilihan raya di Pulau Labuan dilakukan dan dibincangkan dalam arus politik
perdana negara. Dalam kertas kerja ini, penulis akan menganalisis dan membincangkan
tentang perkembangan dan perjalanan Pilihan raya umum ke-12 di Wilayah Persekutuan
Labuan. Analisis dan perbincangan ini adalah berdasarkan penyelidikan yang telah
dijalankan selepas Pilihan raya umum lalu yang melibatkan pengundi di kerusi Parlimen
Labuan sebagai responden. Beberapa perkara dan isu-isu yang akan diberikan penekanan
dalam kertas kerja ini adalah seperti latar belakang Pilihan raya di Labuan, kesedaran
dan penyertaan dalam politik/Pilihan raya, pengaruh media dan internet terhadap
pengundi dan isu-isu yang berbangkit semasa kempen Pilihan raya umum diadakan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Mohd Azri
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3001
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of SP_PRU0842.pdf] Text
SP_PRU0842.pdf

Download (547kB)

ID Number

3001

Indexing

Statistic

Statistic details