Abstract
Gegantung atau kain panji merupakan medium untuk mempromosikan iklan atau program yang banyak digunakan di Universiti Putra Malaysia setiap kali sesuatu program dijalankan. Terdapat dua jenis gegantung yang biasa digunakan iaitu gegantung indoor dan gegantung outdoor. Gegantung outdoor adalah gegantung yang dipasang di luar bangunan dan kebiasaannya digantung pada tiang lampu, pagar atau tempat penggantung khas yang dibina. Pemasangan gegantung outdoor kebiasaannya dipasang pada tiang lampu di sekitar UPM. Masalah yang sering dihadapi semasa memasang dan menurunkan gegantung outdoor pada tiang lampu adalah dari segi kaedah pemasangan dan penurunan, bilangan tenaga kerja yang ramai diperlukan, tempoh masa lama yang diperlukan dan tahap keselamatan pemasang yang berisiko ketika kerja pemasangan gegantung outdoor dijalankan. Kesukaran ini menyebabkan UPM menggunakan perkhidmatan kontraktor luar bagi kerja pemasangan setiap kali program dijalankan. Kesukaran ini juga turut dihadapi oleh universiti/institusi yang lain termasuk pihak syarikat kontraktor yang menjalankan kerja pemasangan gegantung outdoor. Masalah berjaya diatasi dengan beberapa inisiatif yang dikenalpasti iaitu melalui pelaksanaan Program Bebas Dawai, penambahbaikan panduan pemasangan gegantung (Bunting Standard Operating Procedure) di peringkat UPM dan penghasilan inovasi baharu SkytiderTM, iaitu alat yang dapat memudahkan proses pemasangan dan penurunan gegantung outdoor tanpa penggunaan tangga, mempercepatkan kerja pemasangan, meningkatkan tahap keselamatan pemasang dan seterusnya menjimatkan kos dengan mengurangkan kebergantungan penggunaan kontraktor luar. Hasil ciptaan alat SkytiderTM ini telah memperoleh perlindungan reka bentuk perindustrian, cap dagangan dan hakcipta. SkytiderTM telah diguna pakai di Kampus UPM Serdang Selangor, Bintulu Sarawak dan Port Dickson Negeri Sembilan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Esam, Asrizam asrizam@upm.edu.my Omar, Mohammad Hisham UNSPECIFIED Nor Adzmi, Muhammad Izzat UNSPECIFIED Ismail, Mohd Mas’Ataillah UNSPECIFIED Kamarudin, Norliyana UNSPECIFIED Hussin, Hafliza UNSPECIFIED Monir, Norazlin UNSPECIFIED Hashim, Shahriman UNSPECIFIED Ja’afar, Mohamad Fakri Zaky UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine construction (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
ISSN: | 2600-7606 |
Volume: | 2 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 71-92 |
Keywords: | Gegantung, Pemasang gegantung, Gegantung outdoor |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29976 |