Merekod markah menggunakan kod QR ke dalam sistem pendaftaran kokurikulum (marks recorded in co-curricular registration system using QR code) / Teh Faradilla Abdul Rahman dan Zamri Abu Bakar

Abdul Rahman, Teh Faradilla and Abu Bakar, Zamri (2019) Merekod markah menggunakan kod QR ke dalam sistem pendaftaran kokurikulum (marks recorded in co-curricular registration system using QR code) / Teh Faradilla Abdul Rahman dan Zamri Abu Bakar. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 2 (2). pp. 19-39. ISSN 2600-7606

Abstract

Kokurikulum adalah amat penting untuk para pelajar di Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA kerana ia menyumbang 10% merit dalam permohonan ke program Ijazah Sarjana Muda seperti yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU). Pada setiap sesi, hampir 5,000 orang pelajar baru mendaftar di Pusat Asasi. Sebelum ini, proses pemarkahan kokurikulum dibuat berdasarkan jumlah kupon aktiviti yang dikumpul oleh pelajar di dalam kad aktiviti kokurikulum dan proses pemarkahan dibuat secara manual. Penggunaan kad aktiviti kokurikulum menimbulkan masalah seperti peningkatan kos, kehilangan kupon serta kad aktiviti, kecurian kad aktiviti dan menyukarkan pelajar untuk memantau pencapaian mereka dari semasa ke semasa sepanjang pengajian. Proses untuk merekod markah ribuan pelajar dilakukan hampir setiap hari, maka Cocurricular Registration System (CRS) perlu ditambah baik untuk mempermudahkan markah aktiviti pelajar dimasukkan ke dalam sistem. Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, idea untuk menggunakan kod QR (respon pantas) bagi tujuan merekod markah telah dibangunkan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pemarkahan, secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan kesilapan semasa proses perekodan dan seterusnya ia memudahkan pengguna, penyelia dan pihak pengurusan. Di samping itu, pelajar dapat menyemak markah kokurikulum mereka dari semasa ke semasa secara atas talian. Dengan demikian, pelajar dapat mengetahui dan menilai sejauh mana pencapaian mereka. Sistem ini telah memberi manfaat kepada hampir 5,000 orang pelajar, penyelia dan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta berjaya mengurangkan kos pembelian kad aktiviti kokurikulum.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Teh Faradilla
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Zamri
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Web-based user interfaces. User interfaces (Computer systems)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
ISSN: 2600-7606
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 19-39
Keywords: Kod Respon Pantas (QR Code), Pemarkahan kokurikulum, Sistem kokurikulum
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29973
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 29973.pdf] Text
29973.pdf

Download (1MB)

ID Number

29973

Indexing

Statistic

Statistic details