Aplikasi gaya nyanyian zaman romantik terhadap nyanyian ghazal / Lilis Syafuza Mohd Yatim

Mohd Yatim, Lilis Syafuza (2006) Aplikasi gaya nyanyian zaman romantik terhadap nyanyian ghazal / Lilis Syafuza Mohd Yatim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Penulisan ilmiah ini dibuat untuk mengkaji tentang aplikasi gaya nyanyian zaman Romantik terhadap nyanyian Ghazal. Menurut perkiraan penulis, belum pernah ada lagi penyanyi Ghazal yang menggunakan gaya atau cara nyanyian zaman Romantik terhadap lagu-lagu Ghazal. Oleh kerana itu, penulis telah membuat kajian dengan membuat rakaman nyanyian lagu Seri Johor dengan menggunakan gaya nyanyian zaman Romantik. Rakaman ini dinyanyikan oleh seorang pelajar yang berpengalaman di dalam nyanyian klasikal. Semua lenggok, renek dan alunan lagu ghazal ini tidak diubah sama sekali kecuali teknik serta cara/gaya nyanyian sahaja yang digunakan. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan bahawa adakah gaya nyanyian zaman Romantik ini sesuai atau tidak jika diaplikasikan terhadap nyanyian Ghazal. Penulis ingin membandingkan di antara penyanyi asal lagu Seri Johor dengan pelajar yang menggunakan gaya nyanyian zaman Romantik. Selain daripada itu, penulis juga ingin mengetahui apakah kelebihan dan kekurangannya dan penerimaan penyanyi-penyanyi yang berpengalaman jika gaya nyanyian ini diaplikasikan terhadap nyanyian Ghazal.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yatim, Lilis Syafuza
2003302674
Subjects: M Music and Books on Music > M Music > Vocal music
M Music and Books on Music > M Music > Instrumental music
M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Analysis and appreciation of music
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music
Programme: Ijazah Sarjana Muda (kep) Seni Muzik (Persembahan)
Keywords: Gaya nyanyian, nyanyian ghazal, zaman romantik
Date: May 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29946
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 29946.pdf] Text
29946.pdf

Download (134kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

29946

Indexing

Statistic

Statistic details