Abstract
Penulisan ilmiah ini dibuat untuk mengkaji tentang aplikasi gaya nyanyian zaman Romantik terhadap nyanyian Ghazal. Menurut perkiraan penulis, belum pernah ada lagi penyanyi Ghazal yang menggunakan gaya atau cara nyanyian zaman Romantik terhadap lagu-lagu Ghazal. Oleh kerana itu, penulis telah membuat kajian dengan membuat rakaman nyanyian lagu Seri Johor dengan menggunakan gaya nyanyian zaman Romantik. Rakaman ini dinyanyikan oleh seorang pelajar yang berpengalaman di dalam nyanyian klasikal. Semua lenggok, renek dan alunan lagu ghazal ini tidak diubah sama sekali kecuali teknik serta cara/gaya nyanyian sahaja yang digunakan. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan bahawa adakah gaya nyanyian zaman Romantik ini sesuai atau tidak jika diaplikasikan terhadap nyanyian Ghazal. Penulis ingin membandingkan di antara penyanyi asal lagu Seri Johor dengan pelajar yang menggunakan gaya nyanyian zaman Romantik. Selain daripada itu, penulis juga ingin mengetahui apakah kelebihan dan kekurangannya dan penerimaan penyanyi-penyanyi yang berpengalaman jika gaya nyanyian ini diaplikasikan terhadap nyanyian Ghazal.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yatim, Lilis Syafuza 2003302674 |
Subjects: | M Music and Books on Music > M Music > Vocal music M Music and Books on Music > M Music > Instrumental music M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Analysis and appreciation of music |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda (kep) Seni Muzik (Persembahan) |
Keywords: | Gaya nyanyian, nyanyian ghazal, zaman romantik |
Collections: | Nusantara |
Date: | May 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29946 |
Download
29946.pdf
Download (134kB)