Abstract
Berdasarkan Pekeliling Naib Canselor Bil 10 Tahun 2016 yang memberikan Garis Panduan Strategi Bajet UiTM Tahun 2017, antara langkah pengurusan kos yang boleh membantu di dalam pengurusan perbelanjaan Ketua PTJ adalah dengan pengurangan perbelanjaan utiliti. Salah satu caranya ialah dengan mengurangkan perbelanjaan elektrik yang berpunca dari penggunaan alat hawa dingin. Melihat kepada fakta pengurusan tenaga di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM kampus Kuala Pilah telah membelanjakan secara purata RM153,028.88 setiap bulan pada tahun 2016. Sehingga Ogos 2016, kos penggunaan elektrik di UiTM Kuala Pilah telah mencecah RM1,224,231.03. Jumlah ini telah melangkaui bajet yang telah diluluskan untuk bil elektrik tahun 2016 yang berjumlah RM 800,000.00 sahaja. Dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menggalakkan penjimatan, di samping menyahut seruan ‘Kempen Penjimatan Tenaga’ yang dijalankan di peringkat kampus, pelbagai usaha telah dijalankan di setiap unit. Projek inovasi yang membantu dalam menjayakan kempen tersebut adalah projek ‘Smartfan’ yang dijalankan di Unit Pengajian Fizik dan Sains Bahan. Objektif utama projek ini adalahpenghasilan ‘smartfan/mini air conditioner’ yang ringkas, murah dan menjimatkan tenaga. Di samping itu, aktiviti atau program penghasilan inovasi dan penyelidikan dapat digiatkan dari semasa ke semasa dengan ciptaan inovasi yang baharu yang dapat dipertandingkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azman, Nur Jannah nurjannah@ns.uitm.edu.my Wan Idris, Wan Mohd Rizlan UNSPECIFIED Shanthi, Alice UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electric controllers. Rheostats. Regulators. Starters T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Devices for production of electricity by direct energy conversion T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Applications of electric power |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
ISSN: | 2600-7606 |
Volume: | 2 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 111-122 |
Keywords: | Garis Panduan Strategi Bajet UiTM Tahun 2017, UiTM |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29754 |