Abstract
Kursus tahap permulaan bahasa Mandarin UiTM menggunakan sistem fonetik Hanyu Pinyin dalam pengajaran sebutan bahasa Mandarin. Pada awal pembelajaran, para pelajar bukan penutur jati didapati menghadapi kesukaran untuk mempelajari sistem fonetik tersebut. Sebutan yang tidak tepat boleh menjadi halangan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh penutur.
Permasalahan ini tidak akan berakhir sekiranya kesilapan sebutan tidak dapat dikenal pasti dan diperbetulkan pada peringkat awal pembelajaran bahasa Mandarin. Kajian ini meneliti kesilapan sebutan konsonan awalan 41 orang pelajar kursus bahasa Mandarin Tahap 1 iaitu TMC401 UiTM Sarawak yang terdiri daripada program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat melalui kaedah pemerhatian dalam ujian simulasi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti subjek membuat kesilapan sebutan dalam bunyibunyi plosif, frikatif dan afrikat. Hasil kajian memberi implikasi yang besar terhadap pengajar kursus agar menyedarkan dan membetulkan sebutan pelajar untuk mengatasi halangan sebutan pada peringkat awal pembelajaran. Dengan penguasaan sebutan bahasa Mandarin yang tepat, maka proses pembelajaran pelajar akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wee, Sheau Ping weesheauping@sarawak.uitm.edu.my Richard Thing, Cindy cindyrichardthing@sarawak.uitm.edu.my |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education > Malaysia P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Conversation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities (EJSSH) |
ISSN: | 2600-7274 |
Volume: | 2 |
Page Range: | pp. 37-53 |
Keywords: | mandarin, fonetik Hanyu Pinyin, bukan penutur jati, kesilapan sebutan, konsonan awalan |
Date: | November 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29575 |