Abstract
Kemunculan ideologi demokrasi yang mengutamakan hak dan kebebasan individu telah
berjaya mempengaruhi sistem politik dunia dan meruntuhkanlegasi sistem kekeluargaan
iaitu sistem pemerintahan feudal yang berkuasa sejak zaman manusia mula hidup
bertamadun. Asas perjuangan demokrasi yang berteraskan kebebasan dan hak sama
rata dalam masyarakat telah membawa kemajuan yang pesat khususnya dari segi
pemikiran dan hubungan yang lebih luas merentasi hubungan kekeluargaan dan
sel11pandan negara bangsa. Pada hari ini, walaupun sistem politik fuedal sudah lama
dilupakan, tetapi legasi feudal mula l11uncul semilia dalam politik di Malaysia. Sistem
politik feudal yang menonjolkan kepentingan hubungan kekerabatan telah lebih
ketara pada pilihan raya umum Malaysia ke-12 tetapi dijelaskakan dalam konteks yang
berlainan. Sistem feudal ketika dahulu menentukan penganti raja dari kalangan anak anak
raja dan pembesar-pembesar yang dilantik juga dari kalangan kerabat bangsawan.
Akan tetapi pada hari ini, walaupull raja tidak lagi berkuasa untuk memerintah negara,
elemen kekerabatan diaplikasikan dalam konteks pemilihan pemimpin-pemimpin baru
atau muda. Pemimpin-pemimpin generasi baru yang dicalonkan untuk bertanding dalam
pilihan raya umum ke-J2 kali ini sama ada dari parti Barisan Nasional (BN), PAS, DAP,
Parti Keadilan Rakyat dan Bebas didapati mempunyai hubungan kekerabatan dengan
pemimpin-pemimpin atau bekas pemimpin-pemimpin parti-parti tersebut. Keadaan ini menunjukkan bahawa sistem politik del110krasi di Malaysia telah mengalami sedikit
perubahall dengan kemunculan sistem politik demokrasi baru yang mungkin agak sesuai
digambarkan dengan istilah baru sebagai demokrasi kekerabatan
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Tamring, Budi Anto UNSPECIFIED Othman, Zaini UNSPECIFIED Osman, Sabihah UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2953 |