Abstract
Kajian tentang orientasi politik pengundi di Malaysia dalam pilihan raya umum
bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana kajian ini boleh menjadi penanda aras kepada
sesebuah parti politik untuk mengukur tahap populariti mereka, dan hasil kajian ini boleh
digunakan untuk membuat analisa bagi menghadapi pilihan raya seterusnya. Isu-isu
semasa dan keperluan setempat menjadi bahan kempen utama parti-parti politik untuk
meraih undi. Oleh itu, kajian ini cuba melihat budaya politik pengundi di Parlimen Dungun
(P39), Terengganu. Kerusi Parlimen ini menyaksikan pertandingan dua penjuru dalam
pilihan raya yang lalu antara calon Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat.
Tumpuan diberikan kepada pengenalpastian isu-isu utama semasa kempen pilihan raya
dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengundi untuk membuat pilihan pada hari pilihan
raya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Mohd Razali, Che Hamdan UNSPECIFIED Yaakob, Ahmad Faiz UNSPECIFIED Wan Abd Ghafar, Wan Rohila Ganti UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2951 |