Kemahiran asas menulis perkataan bahasa arab di kalangan pelajar UiTM Pahang / Saiful Johari Musahar, Nur Afiqah Amanina Kamaruzzaman, Roselina Musahar ... [et al.]

Musahar, Saiful Johari and Kamaruzzaman, Nur Afiqah Amanina and Musahar, Roselina and Azmi, Fauzi (2019) Kemahiran asas menulis perkataan bahasa arab di kalangan pelajar UiTM Pahang / Saiful Johari Musahar, Nur Afiqah Amanina Kamaruzzaman, Roselina Musahar ... [et al.]. Gading Journal for the Social Sciences, 22 (00): 22. pp. 182-190. ISSN 2600-7568
Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v22i00.217
Abstract

Bahasa Arab mempunyai jenis tulisan yang rumit dan unik dalam sistem penulisannya. Untuk mengeja dan menyambung huruf-huruf Arab ini memerlukan pembelajaran secara khusus berkaitan huruf-huruf Arab ini melalui latihan kemahiran menulis. Ini kerana huruf-huruf Arab memiliki bentuk-bentuk karakter penulisan yang berbeza pada setiap huruf dan masih ramai dalam kalangan pelajar yang mengalami kesukaran untuk menulis khususnya dalam menyambung huruf-huruf Arab dari satu huruf kepada huruf lain. Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti kesilapan pelajar dalam asas penulisan bahasa Arab berdasarkan huruf hijaiyah yang boleh disambung sebelumnya dan tidak boleh disambung selepasnya, huruf hijaiyah yang boleh disambung sebelum dan selepas, dan huruf hijaiyah yang terdiri daripada huruf hamzah (ء) secara umumnya tidak boleh disambung dan menyambung dalam satu perkataan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar memahami tentang asas penulisan bahasa Arab dalam kemahiran menulis.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 29461.pdf]
Text
29461.pdf
Download (515kB)
Indexing & Metrics