Faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar diploma perakaunan dalam subjek perakaunan / Nur Syazwani Mohammad Fadzillah and Anis Barieyah Mat Bahari

Mohammad Fadzillah, Nur Syazwani and Mat Bahari, Anis Barieyah (2019) Faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar diploma perakaunan dalam subjek perakaunan / Nur Syazwani Mohammad Fadzillah and Anis Barieyah Mat Bahari. Gading Journal for the Social Sciences, 22 (00). pp. 150-155. ISSN 2600-7568

Abstract

Mempelajari subjek perakaunan memerlukan pelajar memahami teknik atau pendekatan pembelajaran yang baik agar pemahaman dapat diserap pelajar secara berkesan. Namun, pemahaman yang berkesan terhadap pembelajaran subjek perakaunan dipengaruhi beberapa faktor yang akan mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar di dalam subjek perakaunan tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat diploma. Faktor utama yang diambilkira adalah pendedahan awal dalam subjek prinsip akaun dan perdagangan. Manakala faktor-fakor lain adalah jantina, minat, desakan ibubapa dan jenis sekolah terdahulu. Sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah pelajar daripada fakulti perakaunan di Universiti Teknologi Mara, Pahang Kampus Jengka. Borang soal selidik diagihkan kepada pelajar untuk memperolehi data. Prestasi pelajar pula diukur berdasarkan markah yang diperolehi oleh mereka dalam ujian setara bagi subjek “Financial Accounting 1” (FAR110). Data dianalisis menggunakan pakej SPSS untuk menguji hipotesis bagi menentukan hubungan antara faktor-faktor dengan prestasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan faktor pendedahan awal dan desakan ibubapa mempengaruhi prestasi pelajar diploma perakaunan dalam subjek perakaunan. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu perjalanan pengajaran dan pembelajaran subjek perakaunan dengan lebih berkesan

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Mohammad Fadzillah, Nur Syazwaniansyazwani@pahang.uitm.edu.my
Mat Bahari, Anis Barieyahanibarieyah@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for the Social Sciences
Journal: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: 2600-7568
Volume: 22
Number: 00
Page Range: pp. 150-155
Item ID: 29452
Uncontrolled Keywords: Pendedahan awal, Desakan ibubapa, Perakaunan, Prestasi
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29452

Download

[img] Text
29452.pdf

Download (359kB)

ID Number

29452

Others


View in Google Scholar

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year