Abstract
Mempelajari subjek perakaunan memerlukan pelajar memahami teknik atau pendekatan pembelajaran yang baik agar pemahaman dapat diserap pelajar secara berkesan. Namun, pemahaman yang berkesan terhadap pembelajaran subjek perakaunan dipengaruhi beberapa faktor yang akan mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar di dalam subjek perakaunan tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat diploma. Faktor utama yang diambilkira adalah pendedahan awal dalam subjek prinsip akaun dan perdagangan. Manakala faktor-fakor lain adalah jantina, minat, desakan ibubapa dan jenis sekolah terdahulu. Sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah pelajar daripada fakulti perakaunan di Universiti Teknologi Mara, Pahang Kampus Jengka. Borang soal selidik diagihkan kepada pelajar untuk memperolehi data. Prestasi pelajar pula diukur berdasarkan markah yang diperolehi oleh mereka dalam ujian setara bagi subjek “Financial Accounting 1” (FAR110). Data dianalisis menggunakan pakej SPSS untuk menguji hipotesis bagi menentukan hubungan antara faktor-faktor dengan prestasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan faktor pendedahan awal dan desakan ibubapa mempengaruhi prestasi pelajar diploma perakaunan dalam subjek perakaunan. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu perjalanan pengajaran dan pembelajaran subjek perakaunan dengan lebih berkesan
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Fadzillah, Nur Syazwani ansyazwani@pahang.uitm.edu.my Mat Bahari, Anis Barieyah anibarieyah@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Gading Journal for the Social Sciences |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
ISSN: | 2600-7568 |
Volume: | 22 |
Number: | 00 |
Page Range: | pp. 150-155 |
Keywords: | Pendedahan awal, Desakan ibubapa, Perakaunan, Prestasi |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29452 |