Amalan pengurusan kualiti menurut perspektif konvensional dan Islam : Suatu kajian strategi / Lokman Abdul Rasol, Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan

Abdul Rasol, Lokman and Malkan@Molkan, Siti Norma Aisyah (2019) Amalan pengurusan kualiti menurut perspektif konvensional dan Islam : Suatu kajian strategi / Lokman Abdul Rasol, Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan. Gading Journal for the Social Sciences, 22 (00): 17. pp. 143-149. ISSN 2600-7568
Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v22i00.212
Abstract

Strategi merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi bagi melancarkan perjalanan objektif yang dirancang. Oleh itu, kajian ini lebih memfokuskan kepada bagaimana penstrukturan strategi yang dianjurkan oleh Islam yang sesuai dan dapat dilaksanakan di dalam organisasi. Sudah pastilah ia berkait rapat dengan amalan-amalan prinsip pengurusan Islam seperti al-Syura, al-Ihsan dan sebagainya. Dengan adanya amalan-amalan ini, sistem strategi dapat disusun oleh organisasi berteraskan amalan-amalan pengurusan organisasi bagi memastikan ianya selari dengan prinsip dan teras pengurusan Islam. Selain itu, kajian strategi ini juga penting kerana ia boleh digunapakai dalam apa jua keadaan sekalipun kerana mereka sentiasa bersedia apabila berhadapan dengan rintangan dan cabaran yang dihadapi organisasi. Kajian strategi ini dilakukan berdasarkan rujukan daripada penulisan sarjana Islam yang banyak membuat kajian dalam bidang pengurusan kualiti Islam dan melalui observasi di premis-premis yang komited mengamalkan pengurusan kualiti. Diharapkan kajian ini dapat membuka mata semua pihak bahawa Islam adalah agama yang mengutamakan kualiti demi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 29450.pdf]
Text
29450.pdf
Download (472kB)
Indexing & Metrics