Abstract
Aktiviti fakulti yang agak padat samada berbentuk akademik atau bukan akademik berlaku secara berkala pada setiap semester pengajian. Aktiviti-aktiviti tersebut secara langsung atau tidak langsung melibatkan penglibatan pensyarah, penolong jurutera makmal dan pelajar setiap fakulti khususnya Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang. Keberadaan Ketua Pusat Pengajian, KPP atau pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan program-program anjuran universiti seperti seminar, bengkel, konferensi akademik, mesyuarat dan urusan-urusan akademik yang berkaitan menjadi isu yang menyumbang kepada keperluan menyusun semua aktiviti tersebut dengan teratur kerana kebanyakkan aktiviti dan program berkenaan lazimnya berlaku dalam minggu kuliah berlangsung. Senario sebegini pastinya menambahkan lagi beban dan kekusutan kepada pengurusan fakulti dan pensyarah-pensyarah untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk sesuatu program yang akan dilaksanakan. Ketua Pusat Pengajian, KPP khususnya perlu mengawasi dan menjadualkan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan teratur dan sesuaikan dengan keberadaan KPP dan pensyarah-pensyarah supaya setiap aktiviti dan program yang dirancang berjaya mencapai objektifnya. Aplikasi mobil ini dibina dengan sokongan perisian “Microsoft Access” mengandungi 8 elemen yang masing-masing menyokong satu sama lain untuk memudahkan setiap pensyarah menjadualkan semua aktiviti masing-masing dengan teratur. Maklumat-maklumat berkaitan dengan setiap aktiviti dan program fakulti boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mobil ini dan dapat dikongsi oleh semua pensyarah. Ianya turut memberi manfaat kepada KPP mengenalpasti dengan mudah dan pantas tentang keberadaan seseorang pensyarah pada sesuatu masa khususnya semasa jam kuliah setiap minggu. Maklumbalas daripada semua staf akademik dan bukan akademik di Fakulti Kejururteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang menunjukkan 85% bersetuju bahawa aplikasi mobil ini mudah digunakan, menawarkan perkongsian maklumat aktiviti-aktiviti dengan pantas dan berjaya mengelakkan pertembungan tetapan tarikh dan masa untuk merancang setiap aktiviti malah memberi manfaat tambahan kepada pengurusan fakulti dan kampus. Disamping itu, aplikasi mobil ini turut menyokong dasar IR4.0 kearah kampus digital.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bachok, Mohd Fairuz mohdfairuz@pahang.uitm.edu.my Rosli, Siti Hawa sitihawarosli@pahang.uitm.edu.my Amaruddin, Haslin Idayu haslinidayu@pahang.uitm.edu.my Zainudin, Mohd Razmi razmi74@pahang.uitm.edu.my Nazarudin, Ainamardia ainamardia0403@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Technology. Information technology. Internet in higher education L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > UiTM Press Pahang |
Journal or Publication Title: | Gading Journal for the Social Sciences |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
ISSN: | 2600-7568 |
Volume: | 22 |
Number: | 00 |
Page Range: | pp. 97-104 |
Keywords: | Aplikasi mobil, Perancangan sistematik, IR4.0 |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29323 |