Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen kredibiliti komunikator Islam menurut al-Quran / Muhammad Taufik Md Sharipp, S. Salahudin Suyurno dan Abdul Rauf Ridzuan

Md Sharipp, Muhammad Taufik and Suyurno, S. Salahudin and Ridzuan, Abdul Rauf (2018) Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen kredibiliti komunikator Islam menurut al-Quran / Muhammad Taufik Md Sharipp, S. Salahudin Suyurno dan Abdul Rauf Ridzuan. e-Journal of Media and Society (e-JOMS), 1 (4). pp. 46-57. ISSN 2682-9193

Official URL: http://www.ejoms.com

Abstract

Menurut perspektif Islam, komunikator menggalas kedudukan paling penting dalam menyampaikan mesej kepada penerima sama ada individu ataupun kumpulan menggunakan medium tertentu. Pada masa kini, terlalu ramai Muslim siber yang ingin memikul tugas dan tanggung jawab sebagai komunikator Islam. Perkara ini amat baik kerana setiap Muslim itu ditugaskan untuk berdakwah sesuai dengan kemampuan mereka. Namun ilmu pengetahuan, adab dan sifat seorang komunikator Islam perlu dihadam agar mesej yang disampaikan diterima semua. Perkara inilah yang menjadi nilai kredibiliti seorang komunikator yang akan diukur melalui pendekatan kuantitatif. Dalam mewujudkan instrumen kredibiliti komunikator Islam, ayat al-Quran yang menggariskan sifat seorang penyampai mesej Islam dikeluarkan dan dibina item-item yang bersesuaian berdasarkan faktor yang telah dikenal pasti. Seterusnya item yang dibina disahkan oleh pakar rujuk dan dianalisis melalui analisis faktor penerokaan yang dikod ke dalam aplikasi SPSS. Hasil kajian menemukan, lima daripada tujuh faktor kredibiliti komunikator Islam iaitu Amanah, Benar, Beriman, Boleh dipercayai dan Adil diterima sebagai elemen kredibiliti komunikator Islam.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Sharipp, Muhammad Taufik
UNSPECIFIED
Suyurno, S. Salahudin
UNSPECIFIED
Ridzuan, Abdul Rauf
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam
H Social Sciences > HM Sociology > Public opinion
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: e-Journal of Media and Society (e-JOMS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Media and Society (eJOMS)
ISSN: 2682-9193
Volume: 1
Number: 4
Page Range: pp. 46-57
Keywords: Komunikator Islam; Kredibiliti; Analisis faktor penerokaan; EFA
Date: July 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29243
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 29243.pdf] Text
29243.pdf

Download (249kB)

ID Number

29243

Indexing

Statistic

Statistic details