Halangan komunikasi padu dalam kegiatan motivasi dari sudut pandangan hipotesis sapir-whorf / Ahmad Hakimi Khairuddin

Khairuddin, Ahmad Hakimi (2021) Halangan komunikasi padu dalam kegiatan motivasi dari sudut pandangan hipotesis sapir-whorf / Ahmad Hakimi Khairuddin. Forum Komunikasi (FK), 16 (1): 18. pp. 26-43. ISSN 0128-2379

Abstract

Motivasi adalah satu aktiviti yang penting dalam kehidupan seharian pada hari ini. Kegiatan ini diperlukan untuk membolehkan ahli-ahli sesuatu organisasi, sama ada swasta ataupun awam, berfungsi dengan sepenuhnya dalam organisasi tersebut dan seterusnya memastikan bahawa segala urusan organisasi berjalan dengan lancar. Kegiatan motivasi melibatkan komunikasi. Salah satu andaian utama dalam kegiatan motivasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan sesuatu organisasi adalah bahawa motivasi adalah sesuatu yang baik dan boleh dilakukan kepada semua individu. Individu yang tidak boleh menerima anjakan paradigma melalui kegiatan motivasi dianggap sebagai bermasalah dan tidak sesuai dalam budaya organisasi berkenaan. Penulisan ini akan cuba untuk mengenengahkan satu pemikiran yang bercanggah dengan andaian di atas. Pemikiran ini berteraskan aliran pemikiran antropologi kebudayaan Amerika Syarikat, dan lebih menjurus kepada sub-bidang antropologi linguistik. Hipotesis Sapir-Whorf diketengahkan sebagai penjelasan mengapa kegiatan motivasi tidak mampu berjaya sepenuhnya. Pemahaman tentang hipotesis ini boleh membawa peningkatan hasil kerja kepada individu yang perilakunya sukar diubah melalui kegiatan motivasi.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Khairuddin, Ahmad Hakimi
ahmadhakimi@um.edu.my
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Style. Composition. Rhetoric
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Content analysis (Communication)
P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi (FK)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK)
ISSN: 0128-2379
Volume: 16
Number: 1
Page Range: pp. 26-43
Keywords: Halangan, Komunikasi Padu, Motivasi
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2924
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 2924.pdf] Text
2924.pdf

Download (317kB)

ID Number

2924

Indexing

Statistic

Statistic details