Persepsi terhadap kompetensi pensyarah dalam pengajaran: Kajian kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Zon Utara / Kamal Bahrin Shamsuddin…[et al.]

Shamsuddin, Kamal Bahrin (Prof. Madya) and Ismail, Normala and Ishak, Wan Irham and Md Salleh, Shafinah (2005) Persepsi terhadap kompetensi pensyarah dalam pengajaran: Kajian kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Zon Utara / Kamal Bahrin Shamsuddin…[et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pensyarah dalam pengajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kawasan Zon Utara. Soal selidik digunakan untuk mendapat data berikut: (i) maklumat demografi tentang pensyarah, (ii) persepsi terhadap kompetensi yang dimiliki, (iii) persepsi terhadap tahap kompetensi yang diperlukan, (iv) perbezaan tahap kompetensi berdasarkan ciri - ciri demografi, (v) hubungan kompetensi yang ada dengan kompetensi yang diperlukan, dan (vi) keutamaan kompetensi dan persepsi pensyarah. Responden kajian terdiri dari 181 pensyarah UiTM Zon Utara. Keputusan kajian mendapati 98.3% pensyarah berpandangan tanggungjawab ‘menghayati serta mengamalkan falsafah, misi dan objektif pendidikan UiTM,’ adalah dalam kategori ‘penting’ serta ‘sangat penting’. Manakala berkemahiran mengguna maklumat dan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran, analisis kajian mendapati 84.5% responden bersetuju ia dalam kategori ‘penting’ serta ‘sangat penting’. Majoriti pensyarah iaitu 98.3% berpendapat kecekapan dan berkemahiran membuat nota kuliah, adalah ‘penting’ serta ‘sangat penting’. Pensyarah ( iaitu 94.5%) turut berpandangan ‘membimbing pelajar dalam mengurus kerja kursus’ dalam kategori ‘penting’ dan “sangat penting’. Pensyarah bersetuju bahawa mereka perlu menjadi role model kepada para pelajar dari segi pertuturan, rupa diri, pakaian dan tingkahlaku. Mereka turut berpendapat adalah ‘sangat penting’ bagi mereka ‘menghormati pendapat dan pandangan rakan sejawat. Hasil analisis regresi untuk model pembolehubah boleh bilang pula mendapati wujud hubungan signifikan pada aras keertian 5% bagi pembolehubah bebas iaitu : mempunyai pengalaman mengajar sebelum memasuki UiTM; bilangan bengkel yang diikuti; dan purata bilangan latihan dalaman dengan pemboleh ubah sandar kompetensi pensyarah dalam berkecekapan dan berkemahiran membuat nota kuliah. Keputusan kajian turut menemui pelbagai faktor lainnya yang mempunyai hubungan signifikan dengan tahap kopentensi pensyarah di IPTA. Penyelidikan ini menyarankan bahawa pihak pengurusan IPTA sewajamya memahami kompetensi pensyarah sebenamya boleh dibentuk dan dipertingkatkan dengan melihat secara pendekatan lebih menyeluruh. Wujudnya rantaian faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan tahap kompetensi. Pensyarah perlu dipandang bukan hanya setekad aset malah pelaburan benar jangka panjang sesebuah IPTA dengan pendekatan lebih kerap mengadakan latihan dalaman, bengkel, seminar, memperlengkapkan bahan rujukan serta mengujudkan e-perpustakaan yang memudahkan pensyarah mencapai sumber maklumat bidang masing-masing. Disamping itu melaksanakan penambahbaikan kemudahan infrastruktur serta kemudahan peralatan yang bertujuan memudahkan para pensyarah menyediakan bahan pengajaran seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran. Adalah perlu juga pihak IPTA mempelbagaikan bentuk kebajikan kepada pensyarah, disamping mengujudkan persatuan akademik yang menjurus mengikut bidang kepakaran masing-masing. Ini akan memudah cara mengujudkan pertukaran maklumat, mobilisasi sumber dan perkongsian bijak mengikut bidang kepakaran masing-masing. Ini akan memberi nilai tambah dan faedah kepada IPTA dan pelajar.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Kamal Bahrin (Prof. Madya)
UNSPECIFIED
Ismail, Normala
UNSPECIFIED
Ishak, Wan Irham
UNSPECIFIED
Md Salleh, Shafinah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Personnel management
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Faculty. Teaching personnel
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: Universiti Teknologi MARA (UiTM); pensyarah; zon utara; IPTA; pendidikan
Date: 30 May 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28767
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_KAMAL BAHRIN SHAMSUDDIN RMI K 05_5.pdf] Text
LP_KAMAL BAHRIN SHAMSUDDIN RMI K 05_5.pdf

Download (190kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

28767

Indexing

Statistic

Statistic details